Friday, June 20, 2014

AKHBAR CINA MULA PERKECIL KEMAMPUAN PKR!!

JUMAAT, 20 JUNE 2014

PANDANGAN Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi yang disiarkan Akhbar Nanyang Siang Pau meletakkan faktor pertelagahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor dan isu hudud merupakan faktor kekalahan calon DAP di Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.

Ia hampir sama dengan pendapat Dr Ong Kian Ming penganalisis politik dan strategi pilihanraya DAP dan Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo sebelum ini. Pandangan Lee Liang Shi yang disiarkan dalam Isu-Isu Akhbar Cina’ adalah seperti berikut :


PAKATAN RAKYAT HILANG ARAH

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 13 Jun 2014 menyiarkan artikel kelangsungan politik Pakatan Rakyat berikutan kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini. Artikel bertajuk ‘Ke manakah hala tuju Pakatan Rakyat?’ yang ditulis Ketua Fakulti Budaya Hakka, Universiti Perguruan Kao Shiong Taiwan, Lee Liang Shi disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman W3. Kegagalan DAP mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan setelah kalah tipis kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK pada 31 Mei lalu mendedahkan kepincangan Pakatan Rakyat sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

Antaranya, persoalan menjurus sekiranya kekalahan itu akibat penyokong Pakatan Rakyat yang telah mula kembali kepada BN? Adakah ia petanda gelombang ‘Ubah’ diumumkan Pakatan Rakyat pada 5 Mei 2013 makin lemah? Tidak dinafikan kebenaran segelintir pengundi kembali menyokong BN selain dikatakan nisbah pengundi khususnya dalam kalangan penyokong DAP yang menurun dan jika tidak, pastinya DAP dapat mengatasi undi BN yang menang tipis. Peralihan sokongan itu dipercayai kerana rakyat sudah kecewa dengan konflik dalaman Pakatan Rakyat yang dilihat tidak berkesudahan, malah semakin menampakkan perpecahan terutama antara Pas dan DAP.

Antara isu yang dikatakan menyumbang kepada kekalahan itu ialah pertelagahan Pakatan Rakyat yang berlaku di negeri Selangor serta perbezaan pendapat berhubung cadangan pelaksanaan hudud Pas yang ditentang DAP. Lebih memburukkan keadaan, UMNO mengambil kesempatan itu untuk berpihak kepada Pas (dalam isu hudud) dan ternyata taktik itu memecah belahkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan mereka hilang punca dan langkah. Sejak tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, semangat Pakatan Rakyat dilihat berkobar-kobar apatah lagi laungan ‘Ubah’ kerajaan pada PRU 2013 mendapat sokongan rakyat yang yakin mereka dapat menggantikan kerajaan BN.

Pada hemat penulis, keadaan politik pada masa itu tidak memungkinkan Pakatan Rakyat melepasi struktur kumpulan politik BN apatah lagi parti komponen itu menguasai tiket undi dan penyokong dari Sabah dan Sarawak. Hakikatnya, bukan mudah untuk tumbangkan tiket ‘deposit’ BN yang begitu kukuh di Sabah dan Sarawak dan Pakatan Rakyat dilihat hanya boleh meraih 89 kerusi berbanding 95 kerusi, iaitu had paling maksimum mampu diperoleh mereka. Penulis juga membayangkan, BN berkemungkinan besar dapat menguasai majoriti 2/3 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang sekiranya Pakatan Rakyat tidak bertindak sesuatu untuk memulihkan pergolakan dalaman mereka.

BN pula kata penulis, jika mahu mengekalkan kuasa perlu bekerja keras memulihkan ekonomi negara sekali gus memberi kemakmuran kepada rakyat, justeru tidak ada sebab suara Pakatan Rakyat terus relevan di negara ini. Kesimpulanya, PKR/PR bukan sebuah parti yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Mereka melebihkan politiking daripada membantu rakyat. Mereka cakap tak serupa bikin. Jadi, nasihat IBM kepada semua, jauhi lah diri anda semua daripada PKR/Pakatan Rakyat, dan fikir seribu kali untuk menyokong/mengundi mereka pada PRU ke-14 nanti. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...