Monday, June 30, 2014

RAFIZI MAHU SERANG PROGRAM KERAJAAN? HEBAT SANGAT KE DIA NI?

ISNIN, 30 JUNE 2014
JARINGAN Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempunyai perancangan untuk ‘menyerang’ beberapa program yang bakal dilaksanakan kerajaan. Pengarahnya, Azwanddin Hamzah (gambar bawah) berkata, Rafizi berbuat demikian untuk mengalih perhatian rakyat daripada kemelut pemilihan parti dan perbalahan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Berikut adalah kenyataan beliau:
* Pihak JMM pun ada terima maklumat bahawa Rafizi dikatakan terlibat dalam satu perancangan untuk menyerang program yang dilaksanakan kerajaan bagi mengalih perhatian rakyat daripada kemelut yang dihadapi dalam proses pemilihan parti serta perbalahan di antara Khalid dan Azmin.

* Imej PKR merudum apabila berlaku pergaduhan dan penipuan semasa pemilihan parti melibatkan hampir semua cabang di seluruh negara. Perbalahan di antara Abdul Khalid dan Azmin dikatakan punca berlaku huru-hara dalam pemilihan PKR.

* Ramai ahli PKR di seluruh negara berkata punca Abdul Khalid bertindak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Mastermind bagi PRK Kajang adalah Rafizi. Ramai ahli PKR menyalahkan Rafizi dalam perkara ini. Maka sekarang Rafizi dikatakan terdesak untuk menyelamatkan tengkuknya.

Persoalanya, hebat sangat ke si Pengarah Strategi PKR ni hingga nak menyerang program kerajaan? Siapa dia ni? Selama ini apakah kejayaan si barua ni dah buat untuk PKR dan strategi manakah yang menjadi untuk mengulingkan kerajaan BN. Strategi ko tak pernah yang menjadi, malah sentiasa gagal dan gagal. Huhuhu..berangan le ko Rafizi. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...