IBM setuju dengan penjelasan yang dibuat oleh PM kita, DS Najib Tun Razak. Kes saman ini bukanlah agenda besar. Ianya sekadar ingin menyedar dan mengajar supaya kebebasan bersuara oleh portal-portal tempatan berpada-pada. Jangan sesekali menabur fitnah. Jadi, bagi pandangan IBM, tepat sekali keputusan yang di buat oleh PM kita. Dan, ianya juga bukan kerana wang atau ingin glamour. Kepada M'siakini, berani buat berani tanggung le. Kenapa pulak nak takut. Kalau korang kalah pun, korang banyak duit. Bayar je le. Kan..kan...:
![](http://1.bp.blogspot.com/-F9PJZYmYZDc/U5kMjRObx-I/AAAAAAAAfjo/YYExIFPWIdU/s1600/berita-mahkamah-118x105.png)
Mereka telahpun mengeluarkan notis perundangan. Saya ingin jelaskan bahawa ini tidak membayangkan sebarang agenda lebih besar. Ini bukan sebahagian bagi mana-mana tindakan keras; ia bukan satu cubaan untuk menutup mulut pengkritik. Ia adalah tindakan terhadap tuduhan spesifik yang melampaui batas, daripada komen adil kepada fitnah." Dalam ucapan sama, Najib berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang di negara ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi yang mereka percaya telah melanggar undang-undang, dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem demokrasi, kerana tindakan undang-undang terhadap dakwaan memfitnah dalam media adalah tindakan sesuai.
Ia merupakan sebahagian tindakan keseimbangan. Keseimbangan terbuka kepada kritikan membina daripada orang ramai semasa memegang jawatan awam dan hak asasi untuk melindungi maruah dan nama baik anda daripada serangan sewenang-wenangnya, akibat daripada kepercayaan politik," katanya. Pada 30 Mei lalu, Najib memfailkan saman fitnah berhubung penerbitan dua artikel bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?' Kan fitnah namanya tu. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM