Saturday, June 28, 2014

KHALID TIDAK PUAS HATI. MAHU KERTAS UNDI CABANG KUALA SELANGOR DIKIRA SEMULA. ISSS..ISSS..ROJAK, ROJAK PKR NI!

SABTU, 28 JUNE 2014
SEPERTI yang IBM tulis sebelum ini tentang pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor yang mana kemenangan berpihak kepada Manikavasagam@Mike yang menumpaskan Khalid gagap yang juga Menteri Besar Selangor. Jestru, Khalid dan kuncu-kuncunya tidak puas hati dan meminta agar pengiraan undi dibuat sekali lagi. Ini gara-gara 'blackout' berlaku semasa pengiraan undi sedang berjalan. Maka, tuduh-menuduh berlaku apabila pihak yang kalah menyatakan ada unsur sabatoj yang menyebabkan beliau kalah. Pertikaian dan rasa tidak puas hati dari pihak Khalid terus kedengaran. IBM malas nak huraikan panjang-panjang, korang baca je lah di bawah ini :

PENGIRAAN undi untuk Cabang Kuala Selangor perlu dibuat semula untuk memastikan kesahihannya, ujar bekas penyandang ketua Cabang itu, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ya, hal itu (pengiraan semula undi) atas permintaan. Mereka nak lihat borang-borang tersebut supaya ada kesahihan, ujarnya selepas menyampaikan sumbangan sempena Ramadan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah. Khalid berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Setiausaha Politiknya, Azman Abidin bahawa wujud elemen sabotaj ketika proses pengiraan undi Cabang berkenaan yang menyaksikan S. Manikavasagam menang jawatan itu. Azman mendakwa ketika pengiraan undi dibuat, ibupejabat PKR (tempat mengira undi) tiba-tiba terputus bekalan elektrik dan ketika itulah berlaku apa yang didakwanya sebagai sabotaj.
 
Tuduhan Azman itu bagaimanapun disanggah Manikavasagam. Bekas ahli Parlimen Kapar itu kemudiannya mencabar Azman dan Khalid mengira sendiri kertas undi itu jika benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Manikavasagam yang lebih dikenali dengan nama Mike itu turut membidas Azman kerana membuat kenyataan melulu walhal beliau tiada di tempat mengira undi pada hari kejadian. Sepatutnya Azman ini turun sendiri lihat, jangan hanya duduk sahaja dan beri bagi kenyataan seperti ini. Mana ada muka dia? (Azman tiada di tempat kejadian). Saya tidak tengok dia pada hari kejadian. Kalau nak kira semula kira sepuluh kali pun saya sedia. Panggil Azman dan Tan Sri Khalid kira (undi) pun tidak mengapa. Saya tidak takut, katanya ketika dihubungi Antarapos, semalam. 
 
Mike yang pernah digantung keahliannya oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menegaskan ketika kejadian itu berlaku, kiraan undi untuk Ketua Cabang itu belum pun bermula. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang medianya semalam menafikan dakwaan Azman dan memaklumkan bukan hanya ibupejabat PKR mengalami bekalan elektrik terputus, tetapi seluruh bangunan Merchant Square dan kawasan perumahan sekitarnya.
 
Pada pemilihan itu, kesemua pasukan Mike di peringkat Cabang memenangi saingan masing-masing termasuk David Selvam (Timbalan Ketua), Azhar Jamil (Naib Ketua), D. Thalapathi (Ketua Pemuda), Azril Idris (Timbalan Ketua Pemuda), V. Bobonath (Naib Ketua Pemuda), Latifah Sulaiman (Timbalan Ketua Wanita) dan K. Punithavathy (Naib Ketua Wanita). Geng Khalid gagap tumpas dan bermualah episod untuk menyingkir Khalid gagap dari jawatan Menteri Besar. Itulah kisahnya Parti Kelentung Rakyat (PKR) dulu, kini dan selama-lamanya akan tyerus bergolak. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...