Saturday, June 21, 2014

PAS KHIANATI ISLAM DI SELANGOR....PAS MEMANG 'PARTI AJARAN SESAT'

SABTU, 21 JUNE 2014

SEJARAH YANG AMAT MEMALUKAN PAS! 

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyelar sekeras-kerasnya tindakan empat Ahli Parlimen Pas dari Selangor yang mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedudukan agama Islam di negeri itu. Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, gesaan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan untuk menjalankan peranan menjaga kedaulatan agama menjadi bukti bahawa keempat-empat wakil rakyat itu meletakkan kepentingan politik melebihi tuntutan agama. Jelas mereka keliru dengan kedudukan dan peranan MAIS, isu rampasan Bible kerana tidak memahami Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam, keliru kuasa Sultan Selangor berhubung agama Islam dan keliru batasan kuasa Exco kerajaan negeri.

Saya bersimpati, mereka kena belajar untuk memisahkan diri daripada terkongkong dalam politik sempit. Hanya jika bebas dari kongkongan parti politik sempit, baru mereka tahu isu dan batasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dalam pada itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah menyifatkan tindakan tersebut merupakan satu penghinaan bagi seluruh umat Islam khususnya di Selangor. Ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan juga umatnya kerana cuba untuk menghapuskan satu badan yang selama ini berjihad hanya untuk kepentingan agama Islam.

Sekarang kita boleh nilai bahawa perjuangan parti itu selama ini hanya berselindung di sebalik nama sahaja dan mereka juga menggunakan isu agama untuk meraih kepentingan politik, jelasnya.


Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan pandangan empat Ahli Parlimen Pas Selangor yang mencadangkan supaya kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menguatkuasakan hal ehwal di negeri itu dihapuskan adalah sesuatu yang amat memalukan parti politik itu. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam, beliau juga hairan bagaimana pandangan itu boleh disuarakan oleh Ahli Parlimen Pas terbabit iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang). Bagi saya, ini adalah sejarah yang amat memalukan Pas. Sepatutnya, mereka yang mempertahankan MAIS atau JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Ini tidak, mereka pula yang minta agar fungsi agensi seperti MAIS dihapuskan.

Saya kurang pasti sama ada itu adalah pandangan peribadi mereka ataupun ia datang daripada pucuk pimpinan Pas dan juga Majlis Syura Pas. Saya harap ini bukan suatu keputusan yang dipersetujui oleh para pemimpin Pas sehinggalah ke akar umbinya," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Perkasa di sini hari ini. Brahim berkata, beliau kecewa dan memandang serius isu itu kerana ia membabitkan agama Islam yang telah dijamin haknya dalam Perlembagaan negara ini. PAS bukan Islam, PAS hanyalah sebuah parti Politik, dan Parti Ajaran Sesat, maka, mengkhianati Islam sudah menjadi darah-daging PAS. Wasallam ~ IBM

SUMBER : Suara Politik

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...