Friday, June 13, 2014

DEMAN PIALA DUNIA SUDAH BERMULA. BRAZIL MENANG 3-1

JUMAAT, 13 JUNE 2014
KETIKA jutaan peminat bolasepak bersorak di seluruh dunia ketika tuan rumah Brazil membenam Croatia 3-1 di Sao Paolo awal pagi ini, ribuan turut meraikannya depan televisyen dan restoran mamak seluruh negara. Demam empat tahun sekali kembali melanda kaki bola negara ini yang bakal menghangatkan lagi suasana malam sepanas Fenomena El-Nino yang melanda Asia Pasifik.
BRAZIL PASUKAN PILIHAN

Hal ini turut dibimbangi majikan dan bos syarikat yang pastinya menjangkakan pekerja yang tidak cukup tidur menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen sehingga 14 Julai depan. Selain pasukan Brazil yang masih menjadi pilihan, negara yang menjadi tumpuan menjuarai tetap pasukan hebat lain seperti Argentina, England, Itali, Jerman dan juara bertahan Sepanyol. Tapi, IBM masih mengharapkan Sepanyol menjadi juara sekali lagi. Itu hanya ramalan IBM sahaja. Insyallah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...