IBM hairan dengan sikap sesetengah pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai tertinggi yang pernah berkhdimat dengan kerajaan dan yang sewaktu dengannya. Apabila mereka bersara atau kontrak mereka tidak di perbaharui, mereka-mereka ini seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit'. Mereka lupa akan kesenangan dan kemewahan yang mereka kecapi semasa mereka menjawat jawatan terpenting di dalam kerajaan dan sebagainya. Apabila merasa tidak puas hati, mereka akan mencari silap kerajaan dan akan meluahkan perasaan ketidak puasan hati merek kepada portal pembangkang dan membuat cerita yang bukan-bukan bagi memburuk-burukan kerajaan.
Contohnya, hari ini, bekas pengarang NSTP group, Datuk A. Kadir Jasin, seolah-olah sengaja mencari silap dan memberi komen yang agak keterlalun akan perlantikkan beberapa anggota baru kabinet yang di sertai oleh wakil dari MCA dan Gerakan. Dari komen beliau seolah-olah DS Najib tidak betul dan tidak bersungguh bagi menguatkan kabinet beliau dan bukan hanya setakat mengisi kota yang telah kosong. Komen si tua bangka boleh di layari dalam lama portal Malaysian Insider versi melayu. Memanglah Portal tersebut suka mempamirkan berita-berita seperti itu. Baca jangan tak baca. Wasallam ~ IBM