Wednesday, June 4, 2014

OPERASI CERMIN GELAP DITERUSKAN BERMULA 16 JUNE INI

RABU, 04 JUNE 2014
APAPUN keputusannya kita terpaksa terima. Kalau itulah kata pihak Polis, kepada sesiapa yang masih memakai cermin gelap di cermin kereta masing-masing, ayuh, akur dan tanggalkan segera. Operasi pada 16 Jun ini adalah muktamat seperti tetera dibawah ini :

PETALING JAYA : Operasi cermin gelap yang dijadualkan pada 16 Jun ini akan diteruskan, kata Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff. Beliau berkata, keputusan mengenai kadar telus cahaya yang baharu akan diketahui dalam beberapa hari dan ia tidak mengganggu perancangan pihaknya itu. Keputusan rasmi mengenai usul Kadar Ketelusan Cahaya (VLT)pada cermin gelap belum diputuskan lagi. Jadi, kita akan teruskan operasi cermin gelap bermula 16 Jun ini dan sehingga tarikh itu, pengguna kenderaan masih boleh mengubahsuai mengikut peraturan ditetapkan.

Dan jika dalam masa terdekat ini keputusan muktamad dibuat, kami akan bermesyuarat bagi membincangkan perkara itu, jelasnya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Mohd Fuad enggan mengulas lanjut mengenai usul mengurangkan penggunaan VLT di bahagian belakang kepada 30 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini. Saya perlu lihat sendiri sejauh mana gelap penggunaan 30 atau 25 peratus cermin itu dan sehingga itu segalanya berjalan seperti biasa, tambahnya. Sebelum ini, pihak trafik memberi tempoh sebulan bermula 15 Mei hingga 16 Jun kepada pengguna cermin gelap untuk menukar kepada penggunaan cermin gelap pada kadar dibenarkan. 

Bagaimana pun timbul pelbagai pandangan mengenai penggunaan cermin gelap ini sehingga Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu. Hasil daripada pembentangan di bengkel itu, rumusan dicapai untuk mengesyorkan penggunaan VLT di cermin depan sebanyak 70 peratus, dan 50 peratus di bahagian sisi pemandu dikekalkan, manakala untuk cermin sisi penumpang dan lain-lain disyorkan VLT diturunkan sebanyak 30 peratus. Kita tunggu kenyataan yang betul-betul soheh daripada pihak yang berkenaan. Jangan cepat nak melangkah bendol dan melatah. Wasallah ~ IBM  SUMBER : EHSAN DARI : mstar
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...