Monday, June 23, 2014

KALIMAH ALLAH : MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK RAYUAN "THE HERALD". ADA LE YANG MEROYAN NI!

ISNIN, 23 JUNE 2014
SYUKUR allahamdullilah akhirnya Mahkmah menyebelahi kita dan menolak penggunaan kalimah Allah terhadap The Herld kerana ianya adalah menyalahi undang-undang. Cerita lanjut di bawah ini :
PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik,The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu. Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu. Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.
Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya. Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.



Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah. Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

Tak sabar rasanya nak dengar komen dan ulasan dari pemimpin-pimpin PAS yang selama ini berpatah arang mempertahankan bahawa ise kalimah allah ini boleh di guna pakai oleh pihak kristian. Begitu lantang mereka membela pihak kristian. Kita tunggu dan lihat nanti. IBM pasti mereka akan bersuara, memekik dan melolong demi untuk agama kristian. PAS oh PAS. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...