Wednesday, June 4, 2014

BERITA TERKINI! : NAJIB-UMNO SAMAN MALAYSIAKINI

RABU, 04 JUNE 2014
SEMALAM semasa IBM lepak kat pejabat UmnoSelangor, terdengar perbualan daripada beberapa orang kawan Umno dari bahagian lain berceritakan tentang hal saman DS Najib juga Umno terhadap malaysiakini. Realitinya, betul, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu. Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak Umno. Dalam saman yang difailkan pada 30 Mei lalu, mereka menamakan Syarikat pemilik dan penerbit laman portal tersebut, Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
SAMAN JANGAN TAK SAMAN....SAMAN JANGAN TAK SAMAN
Writ saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diperoleh oleh pihak media hari ini. Pengurusan kes itu yang pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S. M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini. Menurut peguam Raihanah Ariffin mewakili pihak plaintif, salinan termeterai writ saman itu yang diperoleh dari mahkamah hari ini telah diserahkan kepada pihak defendan di pejabat mereka pada pukul 1 petang. Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif menyatakan, tuntutan saman itu ekoran daripada tindakan pihak defendan melaporkan, mengeluarkan dan membenarkan penerbitan dua artikel bertajuk A case of the PM reaping what he sows dan "How much will Najib spend to keep Terengganu?" (rujuk gambar) di bawah ruangan Yoursay di laman portal berkenaan, www.malaysiakini.com pada 14 Mei lalu. 

Rata-rata fedback yang IBM dapat, ramai yang mengalu-alukan keputusan saman yang dibuat oleh PM dan Umno Mereka kata, memang patut Malaysiakini disaman kerana dah keterlaluan portal pro pembangkang ini menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan juga Umno. Bak kata orang, sabar tu ada batasnya. Tapi, kesabaran kita telah dicabar oleh portal pembangkang dan juga pembangkang itu sendiri. Maka, tindakan saman ini dialu-alukan dan rakyat jelata sentiasa di belakang PM. Teruskan, saman jangan tak saman. Biar pada muka depa. Selalu kita dengan pembangkang asyik saman portal kita seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, kini giliran depa pulak. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...