Thursday, June 26, 2014

USAHA TUMBANGKAN KHALID GAGAP MASIH DITERUSKAN, KATA SUMBER DARI PKR!

KHAMIS, 26 JUNE 2014
RAMAI dikalangan ahli-ahli PKR sudah menduga bahawa jangka hayat Khalid gagap sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi. Mungkin sukar bagi mereka (pengikut Khalid) untuk terus memperahankan boss depa, iaitu Khalid gagap. Ini kerana usaha untuk menumbangkan Khalid masih berjalan dan masih diteruskan. Maka, ini jelas bahawa tidak ada ketelusan di dalam PKR dan politik pancung-memancung terus berluas-luasa di dalam PKR. Dengan erti kata lain, PKR cakap tak serupa bikin dan bukanlah sebuah parti yang betul-betul ingin membela rakyat. Kemelut  dalaman mereka (PKR) tidak akan berhenti di sini dan akan terus berkocak.  Khalid gagap pula di khabarkan tewas di dalam pertandingan ketua Cabang tewas di tangan musuh lamanya, Mike (Cerita lanjut KLIK Disini). Maka, jelas kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar tidak lagi selamat. Bye bye Khalid. Rafizi pula terus meroyan dan mengapi-api seperti katanya di bawah ini : 

KONFLIK dalaman PKR untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan masih berjalan ekoran 'Langkah Kajang' yang diumumkan parti untuk menukar Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang belum tamat tempohnya. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Langkah Kajang  akan tetap berlangsung sungguhpun berlaku perubahan dari rancangan asalnya. Walaupun orang kata Langkah Kajang gagal kerana Khalid masih di sana (sebagai Menteri Besar), ia memenuhi tujuannya, iaitu untuk membentuk pilihan lain (menggantikan beliau). Sekarang, saya fikir orang semakin ramai mempertikaikan Khalid berbanding sebelum ini dan melihat Langkah Kajang satu keperluan. Jadi saya fikir Khalid perlu memahami sentimen orang ramai ini, katanya yang dipetik dari Malaysian Insider. 

Langkah Kajang diumumkan parti pada awalnya sebagai strategi PKR untuk menarik pengundi Kajang dengan mendakwa akan berlaku perubahan dalam struktur pentadbiran kerajaan Selangor termasuk menggantikan jawatan Menteri Besar. Desas desus mengatakan individu tersebut merupakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran Anwar telah menukar alamat tempat tinggalnya di Selangor beberapa hari menjelang hari penamaan calon PRK Kajang. Walaubagaimanapun Anwar tidak dapat bertanding ekoran disabit kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan bakal dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. Menurut Rafizi, Datin Seri Wan Azizah Ismail yang menggantikan Anwar pada PRK tersebut mempunyai fenomenanya yang tersendiri serta berkredibiliti untuk menjawat jawatan Menteri Besar. 

Jangan pandangan rendah Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Sokongan rakyat yang diperoleh Wan Azizah lebih luas berbanding pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Cabaran yang akan dihadapinya tentu berbeza dengan Khalid semasa menjadi menteri besar pada penggal pertama. Jika tidak cukup bersih, dia mesti dilihat lebih tegas dan konsultatif. Dia membuktikan dirinya sebegitu melalui gaya kepimpinannya dalam parti - dia tidak mudah terpengaruh, dihormati dan pendengar yang baik dalam PKR, katanya lagi. Apapun, siapa tak kenal wakil rakyat penuh dengan linangan 'air mata', maka hati rakyat terpaut dan kesian padanya. Itulah Kak Wan Jijah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...