Sunday, June 29, 2014

KRISIS AIR SELANGOR : TONY PUAKA SURUH KHALID GAGAP JANGAN SALAHKAN SYABAS. SALAHKAN DIRI SENDIRI!

AHAD, 29 JUNE 2014
TALI HAYAT KHALID SEBAGAI MENTERI BESAR SUDAH BERAKHIR. ARIOS!


TEKANAN demi tekanan sedang di hadapi oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang disifatkan pemimpin yang ego, suka membuat keputusan sendiri oleh rakan-rakan kongsinya di dalam Pakatan Rakyat. Maka, desakkan untuk beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor terus kedengaran malah ianya menjadi satu agenda baru di dalam Pakatan. Seperti yang IBM tulis sebelum ini, tali hayat Khalid sudah berakhir, kini hanya menunggu saat dan ketika untuk beliau di gulingkan. Terkini, isu 'krisis air' di Selangor kembali di persoalkan. Perkara tersebut di bangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU) dari DAPig seperti yang dilaporkan di bawah ini. Ini membuktikan Pakatan Rakyat terus bergolak. Jom baca, jangan tak baca :
KERAJAAN Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan penyayang perlu melakukan lebih daripada sekadar 'menyalahkan Syabas' berhubung krisis air, menurut Ahli Parlimen DAP Tony Pua. Selain mengatur satu pengajaran untuk beliau mengenai apa yang kerajaan negeri telah lakukan dan 'mengapa Syabas perlu disalahkan', beliau berkata barangkali mungkin lebih penting bagi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai kerajaan negeri pergi membuat lawatan ke rumah-rumah keluarga yang perlu beratur dengan baldi bagi mengambil air dari tangki bekalan. Saya pasti penduduk-penduduk ini sangat berminat mendengar tentang perkara itu, kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad, membidas Menteri Besar buat kali kedua pada minggu ini. Beliau berkata Abdul Khalid mungkin betul dalam menuding jari kepada Syabas untuk isu-isu air, tetapi ia tidak menjelaskan mengapa kerajaan negeri begitu cepat memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang gangguan air yang akan berlaku.
Beberapa penduduk mungkin tertanya-tanya tentang mengapa kerajaan negeri begitu cepat menawarkan jaminan apabila kerajaan amat sedar bahawa Syabas enggan bekerjasama atau menghadiri mesyuarat negeri yang dianjurkan, katanya. Beliau menambah, jika kerajaan negeri tidak dapat memenuhi janji-janjinya, ia harus melakukan sesuatu untuk menyediakan bantuan segera kepada mereka yang terjejas oleh isu air. Patutkah kami tidak mempunyai simpati dan meletakkannya sebagai 'Pelan B' apabila mangsa menderita akibat gangguan air yang lama? Sudah pasti, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin perlu melakukan lebih daripada hanya menyalahkan Syabas  walaupun mereka memang pihak yang sah untuk dipersalahkan, katanya. Beliau juga menyokong penuh cadangan MP Serdang Ong Kian Ming untuk menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada Menteri Besar, wakil utama yang dipilih dan pegawai kerajaan negeri untuk mengenalpasti dan mengkaji penyelesaian masalah bagi isu air.

Jawatankuasa ini bukan sahaja akan memberikan pihak berkuasa negeri peluang untuk mengajar wakil-wakil yang dipilih yang jahil tentang isu ini, tetapi juga membenarkan ahli dewan tempatan untuk berkongsi dengan pemimpin-pemimpin atasan negeri tentang masalah dan sakit yang dirasai oleh masyarakat supaya penyelesaian, terutamanya dalam jangka masa pendek, boleh diperolehi, kata Pua, membidas Khalid yang sebelum ini berkata beliau perlu belajar lebih lanjut mengenai isu air sebelum bertindak memberikan kritikan. Sementara menunggu kerajaan negeri mengambil alih Syabas, kita tidak boleh hanya duduk dan membiarkan Syabas memberikan perkhidmatan sehingga menjadi satu penghinaan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, kata Pua. 

Kepada rakyat Selangor amnnya, setelah bermacam-macam musibah berlaku semasa Pakatan memerintah Selangor, dan nampaknya banyak lagi bala yang akan menimpa nasib rakyat Selangor, masihkah menyokong Pakatan pada PRU ke-14 nanti? Demi untuk kebaikan semua, fikir-fikirkan, renung-renungkan, jangan terikut-ikut cakap orang. Pilihan di tangan anda semua. Pilihlah parti yang betul-betul prihatin, berjiwa murni dan mesra rakyat dengan slogan "rakyat di dahulukan, pencapian diutamankan". Insyallah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...