Wednesday, June 11, 2014

TERKINI! ROMBAKAN KABINET AKAN BERLAKU? TAPI...NAJIB KATA DIA TAK TAHU-MENAHU

RABU, 11 JUNE 2014
SIAPA le yang buat cerita ni? Pandai-pandai je depa menyebarkan cerita yang belum lagi soheh. Nampaknya ada orang tak senang duduk dan ingin membuat Menteri-Menteri Kabinet DS Najib tak boleh tido malam. Persoalanya, apa yang depa dapat? Seronok, puas. Kita tunggu je DS Najib balik ke KL nanti. Seperti cerita dibawah ni, DS Najib tak tahu langsung tentang rombakan itu? Jadi, mulut siapa yang pandai-pandai menghebohkan pasal rombakan tersebut? Ini mesti ada yang dengki. Wallahwa'lam :-

ASHGABAT (TURKMENISTAN) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini. "Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di sini, mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada Jumaat. Najib berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada Selasa malam, setelah melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan. 

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan dua hari itu. The Malay Mail, yang memetik sumber berkata, Najib sedang menimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sahaja. Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai. Buat kerja pun tak senang nampaknya Perdana Menteri kita ni, ada-ada je cerita yang tak menyenangkan. Harap PM kita banyakkan bersabar. Wasallam ~ IBM SUMBER - BERNAMA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...