Saturday, June 7, 2014

HISHAMUDDIN POPULAR DI CHINA GARA-GARA MH370. KEMBANG HABIS BUNTUT SI HISHAM TU.....

SABTU, 07 JUNE 2014
KEMBANG le buntut si Hisham tu bila dapat gelaran seperti itu ye. Hehehe IBM sahaja nak sakat si Hisham ni. Di Malaysia ni ramai yang tuduh dia macam-macam, tapi dia cekal. Hari demi hari dia menghadapi tekanan tentang kehilangan misteri MH370, tapi dia dapat menjawab dengan tenang satu persoalan yang diajukan kepadanya. Pengorbananya di hargai. Penulisan dibawah ini menceritakan segala-galanya :

MENTERI MH370! Itulah gelaran yang diberikan kebanyakan tokoh-tokoh politik China terhadap Pemangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu menyebabkan nama Hishammuddin mula dikenali dan mencuri perhatian rakyat di negara itu. Menyingkap pengalaman salah seorang wartawan Utusan Malaysia yang menyertai rombongan Malaysia ke China, beliau menyifatkan Hishammuddin cekal berhadapan dengan cabaran malah bersikap terbuka dalam membicarakan isu kehilangan pesawat MH370 dalam beberapa sesi temuramah bersama media antarabangsa. Malah kehadiran Hishammuddin menjadi tumpuan para menteri, tokoh-tokoh politik, orang kenamaan dan rakyat China. Tidak menghairankan, kerana sejak insiden kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu sehingga sekarang, pemangku Menteri Pengangkutan itu cukup dikenali di China. 

Apa tidaknya, beliau muncul saban hari dalam sidang akhbar berhubung perkembangan mutakhir operasi mencari. Beliau juga menjawab seribu satu macam soalan yang dilontarkan beratus-ratus wartawan dari seluruh dunia. Walaupun, sesetengah soalan adalah soalan yang sama, berulang-ulang dan meleret-leret, Hishamuddin tidak jemu-jemu menjawab. Siaran langsung itu pula disaksikan oleh satu dunia, katanya menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini. Hishamuddin juga menjadi tarikan masyarakat di negara Tembok Besar itu apabila sekumpulan warga tempatan di sekitar World Hotel, Beijing yang menjadi hotel penginapan Perdana Menteri dan rombongan serta wartawan Malaysia mengajak beliau bergambar. Hishammuddin yang tenang dan ceria melayan setiap permintaan mereka. 

Seorang pekerja hotel berkenaan yang kebetulan sedang memerhatikan gelagat mereka sempat berbisik dalam nada teruja kepada penulis: ‘Oh inilah Menteri MH370!’’, kata laporan itu lagi. Ternyata khabar angin yang mengatakan bahawa rombongan Malaysia yang disertai Hishammuddin bakal diserang dengan satu penganjuran protes dan mendapat kecaman hebat masyarakat China tidak benar sama sekali. Sepanjang enam hari lawatan, tidak ada satu pun protes, tunjuk perasaan atau demonstrasi sama ada di hadapan hotel, di pintu masuk The Great Hall of People atau di tepi-tepi jalan raya bandar raya tersebut. Sebaliknya, sepanjang enam hari lawatan, Hishammuddin mendapat reaksi positif dan kata-kata semangat dari segenap pihak dari negara itu. Sememangnya masyarakat negara China semakin matang dalam menerima insiden MH370 yang sehingga hari ini masih dalam usaha pencarian. 

Peristiwa MH370 telah menguji kekuatan Hishammuddin dalam mengorak langkah kepimpinan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn ini. Hishammuddin cekal dan tidak pernah berputus asa, malah terus bekerja keras dalam menyelesaikan isu yang menjadi perhatian di seluruh dunia ini. Syabas DS. Jasa mu tetap dikenang kerana mengharumkan nama Malaysia. Cerah masa depan mu. Dan jauh langkah politik mu. Hehehehe. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...