Tuesday, June 24, 2014

PAS SEDANG BERGOLAK. PROJEK LANGGAR HADI MEMANG UJUD. TAPI, TIDAK DIDEDAHKAN KERANA NAK TUTUP LUBANG.

SELASA, 24 JUNE 2014
BAK kata orang, siapa nak mengaku berak di tengah jalan. Betul tak? tapi, demi untuk menjaga maruah parti mereka, pemimpin-pemimpin PAS memang pakar berbohong dan menidakkan perkara yang sebenarnya. In i yang terjadi didalam parti PAS sekarang ini. Bunga-bunga keretakan sudah kelihatan di dalam PAS. Mereka berpecah dan sudah ada kem-kem tertentu yang akabn melaksanakan 'Projek langgar Hadi', tapi...dinafikan. Itulah sikap pemimpin-pemimpin PAS yang berjubah, berwatakkan seperti orang yang alim. Tapi, demi politik, serban putih, janggut ala nabi, berjubah, mereka buang itu semua. Tidak ada lagi prinsip kawan dan perjuangan yang jujur di dalam parti. Lidah mereka bercabang. Dahsyat rupanya parti PAS ni ye. Cerita di bawah ini menceritakan akan sikap sebenar pemimpin PAS yang menggangap diri mereka adalah ahli syurga. Jom baca : 

Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh (gambar kanan) menolak dakwaan wujudnya 'Projek Langgar Hadi' yang didalangi seorang ahli parlimen parti itu dan editor sebuah portal pro-pembangkang. Saya tak tahu, tak wujud kot? Projek Langgar Hadi? Ini pertama kali saya dengar, ujarnya kepada pemberita Antarapos. Nik Zawawi berkata demikian mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa terdapat gerakan menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Laporan itu menyebut selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), usaha menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS dan Hadi kembali digerakkan oleh seorang ahli Parlimen dan seorang editor portal berita mesra pembangkang. Utusan tidak pula menamakan individu-individu tersebut. Portal tersebut dikatakan menerbitkan berita-berita yang membayangkan seolah-olah kegagalan PKR menggugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor disebabkan Hadi. Hadi dikatakan memberikan sokongan padu kepada Khalid untuk terus mengemudi Selangor.
 
Sumber Antarapos turut memberitahu Hadi mengadakan perjumpaan dengan Khalid bagi menyatakan sokongannya terhadap ADUN Perlabuhan Klang itu. Perkembangan itu menyebabkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang, lantaran PKR sudah bersedia untuk menggantikan Khalid. Pada Mac lalu, PKR mengarahkan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh melepaskan jawatannya bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Ia bagi membuka jalan kepada Anwar bertanding dan diangkat menjadi ADUN seterusnya dilantik menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar yang baharu. Namun usaha itu dikatakan tidak mendapat sokongan Hadi dan lebih memburukkan keadaan, Anwar hilang kelayakan bertanding selepas Mahkamah Rayuan mensabit kesalahan liwat ke atasnya. Kegagalan menggantikan Khalid buat kesekian kalinya itu diletakkan di atas bahu Hadi. Jumaat lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman secara terbuka menyatakan penolakan beberapa pemimpin PAS negeri itu terhadap kepimpinan Khalid.
 
Penolakan itu dilihat bertentangan dengan sokongan Hadi terhadap Khalid. Jaafar berkata Khalid semakin berani bertindak seorang diri dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kepentingan rakyat negeri itu. Perkembangan itu mencetuskan tanda tanya adakah pemimpin PAS kini semakin berani menentang ketetapan yang dibuat Hadi sebelum ini. Penentangan itu mudah dikaitkan dengan laporan Utusan yang mengatakan kemungkinan wujud gerakan mahu menjatuhkan Hadi sebagai Presiden PAS. Mengulas perkara itu, Nik Zawawi menafikan wujudnya elemen 'cantas-mencantas' dalam PAS. Dalam kepimpinan PAS, isu cantas-mencantas dan berebutkan jawatan tidak wujud. Hal ini tidak wujud di dalam PAS dan PR. Tidak ada isu sebegini. Isu Khalid adalah isu yang kita sepakati bersama. Tidak timbul masalah orang ini setuju atau tidak. Kita sepakat antara PAS-PKR-DAP di dalam isu perlantikan MB Selangor, ujarnya lagi. Yolah tu. Memang kaki temberang dan lidah bercabang pemimpin-pemimpin PAS ni. Hancuss PAS! Wasallam ~ IBM

SUMBER : Antarapos
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...