![](http://3.bp.blogspot.com/-y2ghiM-sRpM/U6j2gYGPIZI/AAAAAAAAhtM/W4vPWbvKxQg/s1600/Pemilihan+2014.jpg)
Semalam, pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kota Raja dicemari suasana tegang serta aksi pergaduhan, seolah-olah menunjukkan parti itu dianggotai ramai gengster dan samseng. Ketegangan bermula pada kira-kira pukul 4.15 petang apabila salah seorang pengundi dikatakan cuba mensabotaj proses pemilihan dengan merosakkan peti undi. Tindakan lelaki itu menyebabkan suasana dalam Dewan Serbaguna Klang Jaya, Taman Desawan di sini kecoh sehingga dapat didengari para penyokong di luar dewan. Dalam pada itu, seorang ahli parti itu yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki selepas pemilihan semula PKR Cabang Kuala Langat, kelmarin, terpaksa menerima lebih 20 jahitan di kepala akibat kecederaan tersebut.
Zainol Arif Jamaludin, 46, berkata, dia kesal dengan kejadian tersebut yang sepatutnya tidak berlaku. Dia yang merupakan ahli PKR cabang Setiawangsa juga tidak mengenali kumpulan penyerang berkenaan dan tidak tahu motif mereka berbuat demikian. Bagi IBM motifnya senang sahaja. Mereka tidak puas hati cara pemilihan dibuat. Terlalu banyak penipuan, korapsi dan kebanyakannya ahlinya adalah dari golongan gengster. IBM amat bersetuju dengan komen dari Perdana Menteri, DS Najib bahawa baling-membaling kerusi sehingga ada yang pecah kepala, tidak seharusnya berlaku kerana parti tersebut adalah parti yang di kepalai oleh insan yang di gelar 'anugerah tuhan' seperti yang dilaung-laungkan oleh pengikutnya. Faham-faham je siapa yang IBM maksudkan. Wasallam ~ IBM