Monday, June 9, 2014

PANAS! PANAS! AZMIN ALI PANAS BUNTUT. SIASATAN KES RASUAHNYA AKAN BERMULA

ISNIN, 09 JUNE 2014
KEMELUT dalaman PKR masih berterusan. Belum ada tanda-tanda akan reda. Tak tahu le bila Parti Keadilan Rakyat ni nak terlungkup dan tutup kedai buat selama-lamanya. Atapun selepas Penasihat@Punahsihatnya masuk penjara?. Sebab apa IBM kata demekian? Sebab cerita dibawah ini ada jawapanya untuk anda semua membuat analisa. Sila...silalah baca :

PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota dari kem Mohamed Azmin Ali cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin. Menyifatkan kes berkenaan 'berprofil tinggi' kerana membabitkan pemimpin utamanya, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Husin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan. Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010. Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, PKR memandang serius dakwaan politik wang dalam parti itu dan mahu siasatan dijalankan dengan terpeinci walaupun membabitkan individu berpengaruh dan berjawatan tinggi. Kita sudah meneliti surat aduan berhubung politik wang dan kita sedar ini merupakan dakwaan serius terutama membabitkan pemimpin utama parti.

Justeru kita bersetuju melantik Dr Syed Husin untuk meneliti kes ini," katanya kepada mStar Online pada Isnin. Dr Tan mengulas mengenai status terkini susulan aduan bertulis yang dikemukakan ahli parti itu yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berhubung dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan 'bosnya'. Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, 'bos' yang dimaksudkan itu berkemungkinan  Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini. Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem 'Keadilan Raya' yang diketuai  Azmin. PKR akan hancur jika hantu raya seperti Azmin ini masih ujud dan memegang jawatan Timbalan Presiden. Tak percaya?.....tungguuuuuuuu. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...