SECARA kebetulan le pulak. Tangguh!. Itulah yang diberitakan hari ini yang mana Kes status perkahwinan (perceraian) anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah di tangguhkan. Hehehe...macam kes bapaknya pulak. Asyik tangguh dan tangguh. Nak tahu sebabnya? Baca berita di bawah ini (bukan bohong atau fitnah) segala-galanya tercatat dibawah :
KUALA LUMPUR : Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menangguhkan pengumuman keputusan mengenai status perkahwinan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim yang sepatutnya diketahui hari ini. Peguam Syarie, Nor Mawaddah Ramli berkata, ia berikutan Hakim Syarie, Ab Malek Awang yang mengendalikan kes itu tiada di Mahkamah berkenaan hari ini kerana mempunyai urusan lain. Hakim ada urusan rasmi di Putrajaya, tarikh belum ada lagi," katanya yang mewakili Nurul Izzah. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan suaminya juga tidak kelihatan di Mahkamah pagi ini. Ab Malek sebelum ini menetapkan tarikh 12 Jun dalam kamarnya di depan Nor Mawaddah sebagai wakil Nurul Izzah dan peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Ahmad Shahrir.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Mahkamah menetapkan kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik menghantar laporan sebelum keputusan dibuat berhubung permohonan cerai yang difailkan oleh Nurul Izzah. Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari. Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah Mahkamah. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Kesian budak-budak tu. Depa apa tahu. Wasallam ~ IBM