PELIK betui permainan politik dalam parti PKR ni. Dalam kekalahan pun ada pulak istilah kemenangan. Ini yang berlaku di dalam pemilihan PKR yang sedang hangat di perkatakan yang mana pemilihan parti PKR terus kecoh dan kecoh. Maka, berlakulah cabar-mencabar yang mana calon yang kalah di sarankan letak jawatan. Tapi, itu tidak berlaku di dalam PKR kerana yang kalah berhak kekal dan terus menerajui negeri. IBM harap korang faham apa yang IBM cuba terangkan di sini. Kalau korang tak faham, biar dibawah ini menceritakan segala-galanya :
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR. Ini ekoran kekalahannya sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor, tetapi beliau sedang mencabar keputusan tersebut. Katanya, tidak ada klausa yang mengatakan jika gagal dalam pemilihan parti, "anda perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar". Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini, Khalid berkata, tidak kira apa jua keputusannya, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang merupakan satu-satunya prasyarat pelantikannya sebagai Menteri Besar.
Khalid berkata sebarang pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar akan berdasarkan kepada kemampuannya untuk mentadbir negeri itu. Ditanya jika sama ada keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menunjukkan kerjaya politiknya akan berakhir, Khalid berkata "Tak apa".
Kerjaya atau tidak, saya akan meneruskan usaha saya sehingga tanggungjawab saya sebagai ADUN, Menteri Besar dan juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak berakhir, katanya. Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa beliau akan berusaha untuk menyelesaikan dakwaan "kecacatan" dalam pemilihan PKR Kuala Selangor di mana beliau tewas. Begitulah cetek dan bodohnya politik yang sedang berlaku di dalam PKR. kalau macam inilah kesudahannya, macamana nak memerintah negara? Janganlah jadi Parti Kelentung Rakyat (PKR)....kesian rakyat Selangor menderita dan tertekan kerana korang. PRU ke14 nanti, korang tarik dirilah. Bagi balik negeri Selangor ini pada Barisan Nasioan (BN). Wasallam ~ IBM