Friday, June 13, 2014

UMNO-BN KENA BUAT PERUBAHAN JIKA MAHU MENANG PRU 2018, KATA TUN DAIM

JUMAAT, 13 JUNE 2014
TEPAT  sekali. IBM setuju 100% dengan apa yang dikatakan oleh mantan Menteri Kewangan itu. UMNO-BN mesti buat perubahan jika ingin terus kekal menerajui negara. IBM tak nak berceloteh panjang. Korang baca dan faham sendiri apa yang tertera di bawah ini demi untuk kebaikan bersama. UMNO-BN mesti berubah. Berubah sebelum kita diubah. Faham-faham je le apa yang IBM maksudkan tu. Baca jangan tak baca :

SHAH ALAM : Tun Daim Zainuddin yang sebelum ini meramalkan dengan tepat kekalahan Barisan Nasional (BN) di empat negeri pada 2008, hari ini meramalkan kerajaan BN susah hendak menang pada pilihan raya umum 2018 jika tidak melakukan perubahan dalam usaha memenangi sokongan rakyat. Dengan status quo yang ada, kalau kita tidak berubah dan masih begini, susahlah kerajaan hendak menang, kata bekas Menteri Kewangan itu dalam wawancara eksklusif Berita Harian siri pertama hari ini. Beliau berkata, perubahan itu bermula dengan menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mesti mesra rakyat serta jangan sombong supaya apa yang berlaku pada pilihan raya 2008 tidak berulang. Pada pilihan raya umum 2004, BN meraih kemenangan besar selepas bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
KENAPA GEN 'Y' SENANG DIDEKATI OLEH PEMBANGKANG? 
Namun, BN mencapai prestasi terburuk dalam sejarah parti itu pada pilihan raya umum 2008 dengan Selangor, Kedah dan Perak jatuh ke tangan pembangkang manakala Kelantan terus di bawah PAS.  Sebelum pilihan raya tersebut, Daim telah membuat ramalan tentang kejatuhan BN di empat negeri berkenaan. Daim adalah Menteri Kewangan pada tahun 1984 dan 1998 semasa dalam era pentadbiran Dr. Mahathir yang memerintah Malaysia selama 22 tahun. Dalam wawancara itu, Daim berkata, jika tiada perubahan dilakukan BN maka rakyat yang sudah pandai menimbang dan berpelajaran akan mengubah pemerintahan dengan menolak BN. Saya tidak nampak pembangkang dapat memerintah dengan baik, tengok sahaja di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang banyak masalah tetapi jangan harap nak menang atas kelemahan orang. Sepatutnya menang atas kekuatan kita, katanya.

Justeru, kata anak jati Kedah itu, pemimpin BN perlu membuat tinjauan terhadap kehendak rakyat dan mendengar rungutan mereka untuk memperbaiki keadaan. Apa yang perlu dibaiki termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan. Tengok saja dalam internet. Itu bukan persepsi orang luar tetapi pandangan orang dalam. Sekarang pandangan orang dalam pun diambil kira kerana mereka pengundi kita, katanya. Tegasnya, menerusi cara itu, Umno akan diperkukuhkan dan seterusnya dihormati sebaliknya jika lemah maka orang tidak hormat kepada parti itu. Beliau berkata, Umno dan BN perlu tahu mengatasi persepsi dan mengetahui kehendak rakyat kerana mempunyai jemaah Menteri dan pegawai-pegawainya.

KERAJAAN MESTI SEDIA BERBAHAS ISU KRITIKAL - DAIM
Tapi kalau surat daripada rakyat tidak dijawab tentu rakyat marah. Takkan pegawai tidak boleh tolong jawabkan. Jangan sebelum pilihan raya baru hendak jumpa rakyat. Kerajaan banyak program yang baik, laksanakanlah dengan cepat untuk kebaikan rakyat. Cara  penyampaian maklumat gagal, perbaiki cara berkomunikasi kepada rakyat, katanya. Maka, elok benolah kita buat tabiat yang lama tu kerana ianya dah tak relevan lagi. Dan....jangan sisihkan generasi 'Y' yang akan menjadi pengundi pada 2018. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...