Sunday, June 29, 2014

PEREBUTAN JAWATAN MB SELANGOR SUDAH BERMULA. PAS SUDAH ADA CALON WALAUPUN MENAFIKANNYA!

AHAD, 29 JUNE 2014
ANGIN sudah bertuip kencang bahawa jawatan Menteri Besar Selangor sedang hangat di perbahaskan. Sana-sini di Selangor, malah di seluruh negara bercerita akan kedudukan Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid Ibrahim yang akan dsingkirkan dari jawatanya. Maka, rakan-rakan dalam Pakatan sudah beria-ia mempunyai calon mereka. Contohnya PAS. Kononnya mereka sudah ada calon untuk mengantikan Khalid gagap seperti yang tetera di bawah sini walaupun PAS menafikannya. Biasa le tu. Siapa tak kenal PAS. Parti ajaran sesat yang tidak akan mengaku sekali pun mereka buat silap. Dah sampai masanya, PAS menuntut hak mereka kerana bilangan kerusi di DUN Selangor memihak kepada PAS berbanding dengan PKR dan DAP. Apapun, tunggu dan lihat nanti :

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi (gambar kanan) menolak dakwaan pihak tertentu kononnya nama beliau disebut-sebut akan dikemukakan oleh PAS dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk jawatan menteri besar. Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu berkata, perkara tersebut belum lagi dibincangkan dalam PAS. Tak ada, kita tak ada bincangkan lagi, katanya ringkas kepada Antarapos. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan parti itu berhak membuat keputusan dalam menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar. Dalam satu kenyataan, beliau berkata PAS Selangor tidak akan tunduk terhadap sebarang ketetapan PKR semata-mata, kerana masih mempunyai hak untuk bersuara sebagai parti komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR).
 
Namun lewat petang semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pakatan pembangkang bahawa kedudukan Menteri Besar Selangor bukan hak mutlak individu, tetapi ia adalah bersandarkan keputusan bersama PR. Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.  Saya dengan tegasnya menyatakan bahawa semua Ahli Dewan dan pemimpin-pemimpin parti mesti menghormati peraturan mengenai isu ini. Kedudukan Menteri Besar bukan agenda, juga bukan hak mutlak sesiapa pun, tetapi ia adalah keputusan yang dibuat bersama-sama antara PKR dan PR, dengan persetujuan Sultan," kata Anwar.
 
Akhbar hari ini melaporkan PAS Selangor dijangka menuntut jawatan tersebut berikutan Khalid yang ditolak oleh PKR menerusi inisiatif Langkah Kajang turut tidak diterima lagi oleh PAS dan DAP. Laporan itu menyatakan, keadaan itu mungkin berlaku berikutan PAS mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan menteri besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN. Malah, sumber terbabit turut difahamkan Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas.
 
Akhbar itu memetik sumber berkenaan, Dr. Ahmad Yunus adalah calon yang sesuai mengisi jawatan menteri besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Exco penting. Selain itu, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin Pas yang dipertimbangkan memegang jawatan berkenaan oleh PAS. Persoalannya, PAS ada telo ke nak tuntut jawatan Menteri Besar tu? Dan PAS tak takut di sergah oleh DAPig ke? Al-juburi Nuar Brahim pun akan turut bersama DAP. No MB post to PAS. Hehehehe. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...