Saturday, June 14, 2014

LANTANG TAK BERTEMPAT EXCO PAS SEKO NI.

SABTU, 14 JUNE 2014
MAAF je. IBM bukan menuduh, tapi IBM merasakan ada sesuatu yang tak kena pada isu rampas Bible berbahsa Melayu yang dirampas oleh JAIS baru-baru ini. IBM berasa hairan, kenapa Exco Agama PAS begitu prihatin dan bersungguh di dalam kenyataan pemimpin mereka supaya 321 bible yang dirampas di kembalikan kepada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM)? Kenapa isu bible ini begitu sensitif bagi mereka (PAS). Bagaimana dengan isu-isu yang lain yang melibatkan agama Islam di hina? tak sensitifkah mereka di dalam hal tersebut? Sebenarnya banyak lagi kes-kes penghinaan terhadap orang-orang Islam dan agama Islam itu sendiri. Tapi, PAS hanya diam membisu, malah mereka menganggap itu isu remeh-temeh. Kisah dibawah ini sudah cukup membuktikan bahawa Pemimpin-pemimpin PAS yang rata-ratanya bergelar 'ulama' terang-terang mempertahankan kaum yang bukan Islam dan cuba nak menjadi hero pulak. PAS oh PAS! :
Kerajaan negeri Selangor meminta penjelasan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengapa mengenepikan arahan Peguam Negara yang mahu kitab berkenaan dipulangkan kepada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM). Sejak Bible dirampas, kerajaan negeri mengikut prosedur dan menunggu keputusan Peguam Negara, malah Mais juga menunggu keputusan Peguam Negara sebelum bertindak. Adakah sekarang Mais mahu mengikut ketetapan Peguam Negara atau tidak? Mereka perlu jelaskan, kata Sallehin Mukhyi, exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama di Selangor. 
Mais hari ini berkata 321 Bible yang dirampas dari PBM di Damansara Kim pada Januari lalu tidak akan dipulangkan dan mahu tindakan diambil kepada PBM kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu dan Iban. Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa percaya ia merupakan kes mengikut enakmen agama bukan Islam. Kenyataan Adzib bertentangan dengan arahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Rabu yang mengarahkan kes tersebut ditutup dan arahan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta kitab berkenaan dipulangkan kepada PBM.
Sallehin berkata kerajaan negeri sejak awal lagi memutuskan akan patuh kepada keputusan Peguam Negara dan begitu juga diharapkan kepada Mais. Namun ia tidak berlaku seperti dirancang. Disebabkan itu, saya perlu berbincang dengan Mais. Kerajaan negeri juga akan bermesyuarat bagi melihat sama ada kerajaan negeri atau exco mempunyai dalam hal ini. Jika tidak kami serahkan kepada Mais, katanya. Beliau berkata kerajaan negeri sekarang tidak pasti sama ada mempunyai kuasa bagi bertindak terhadap Mais untuk memulangkan Bible kepada PBM. 
Katanya, perkara itu disebabkan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran kepada umat Islam) 1988 dikawal Mais. Jika kami punyai kuasa, kami akan mengharmonikan situasi dan mengembalikan Bible kepada PBM, katanya. Harmoni? Harmoni taik kucing dia. Khalid gagap pun sama, tak ada telo dan nak tutup kes ini. Kalau gitu tutup jugaklah MAIS tu? Apa macam, ada setuju? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...