Saturday, June 7, 2014

POK NIK NAK TARBIAH KIT SIANG? HUHUHU....

SABTU, 07 JUNE 2014



DAP dilihat masih tak puas hati diatas kekalahan calon mereka, Dyana Sofya pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini. PAS di hentam, ditibai kaw-kaw oleh pemimpin-pemimpin DAPigs. DAP berterusan menyalahkan PAS di atas kekalahan tersebut. Kesian PAS, terkapai-kapai. Maka, hendak-tak hendak, PAS melalui Mur­syidul Amnya , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat@Pok Nik terpaksa berhadapan kemelut tersebut, cuba untuk menyelesaikan takut DAP cabut dan keluar lari dari Pakatan. Dikhabarkan, Pok Nik  akan mendapatkan penjelasan daripada Lim Kit Siang mengenai tindakan DAP yang menyalahkan parti itu sebagai punca kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini. Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, Penasihat DAP itu akan datang ke Kelantan hari ini, Sabtu dan PAS akan menunggu penjelasan sebenar daripada DAP mengenai isu tersebut.
Muka sedih (monyok) pemimpin-pemimpin DAP bila mereka tewas di PRK Teluk Intan
Kit Siang akan datang hari ini. Kita tunggu kata Pok Nik. Mengikut Kata sumber dari Kelantan, PAS tidak boleh ulas hari ini sebab penasihat DAP itu hendak datang hari, katanya ketika ditemui oleh salah seorang blogger yang juga rakan IBM pada majlis kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini. Pok Nik mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo yang mendakwa pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes terhadap pembangkang sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd. Daud. Gobind turut mendakwa kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan negara sekular. Tindakan pemimpin DAP itu seterusnya mendapat tentangan daripada Kerajaan PAS Kelantan yang mahu parti itu mengakui kelemahan sendiri sebagai punca kekalahan. 

Maka, jika itu habuan yang PAS dapat dari rakan kongsinya, apa tunggu lagi. Belah je lah dari Pakatan. Kenapa masih lagi terhenggeh-heggeh macam kerang busuk. PAS ni tak tahu malu ke atau tak ada maruah. Bangkit dan bangkitlah wahai PAS ooiiiii. DAPigs terang-terang mengkuda-kudakan korag semata-mata nak dapatkan undi melayu pada setiap kali PRU/PRK diadakan. Mereka nak berkuasa. Tak itu korang tak faham-faham lagi. Susahlah nak bercakap dengan orang-orang PAS yang terlalu ekstrem ni. Ibarat bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat diikut. Rugi...rugi. Tapi, satu soalan untuk Pok Nik. Berani ke Pok Nik sound Kit siang nanti? Tungguuuuuuuuuu!. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...