Saturday, June 28, 2014

ANWAR KATA JAWATAN MB SELANGOR BUKAN MILIK PERIBADI. TAPI..DALAM HATINYA, DIA PUN NAK JAWATAN MB TU. SIAPA TAK KENAL ANWAR!!

SABTU, 28 JUNE 2014
ALA, siapa tak kenal dengan si Nuar ni. Cakap tak serupa bikin. Lain di mulut lain di hati. Putar belit mesti ada di jiwanya. Hari ini, diberitakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor, dengan menegaskan ia bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pemimpin. Ketua pembangkang itu berkata keputusan untuk melantik Menteri Besar dibuat oleh PKR dan Pakatan Rakyat dengan mendapat perkenan daripada Sultan. Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor. 

Anwar menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusilab berkaitan isu ini, katanya dalam satu kenyataan.  Kedudukan Menteri Besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama dengan mendapat perkenan Sultan, katanya. Yolah tu Nuar. Tapi, jauh di sudut hati ko tu memang ko teringin sangat nak jadi MB Selangor setelah jawatan Perdana Menteri yang ko idam-idamkan itu mustahil untuk ko capai. MB pun MB lah. Tapi, bagaimana si Nuar ni nak jadi MB Selangor??. Dia bukannya ADUN mana-mana kawasan di Selangor ni.

Atau mungkinkah Anwar akan memaksa mana-mana ADUN di Selangor ini meletakkan jawatan bagi membolehkan satu lagi PRK akan berlaku seperti mana Anwar memaksa ADUN Kajang melepaskan jawatan dan beliau akan bertanding. Tapi...sayang seribu kali sayang tuhan tidak izinkan. Niat Anwar tidak kesampian. Kini, Anwar sedang mencari helah sekali lagi. Kita tungguuuuu!. Akal sang dajjal ini sedang berjalan bagi memenuhi cita-cita beliau yang tamakkan jawatan. Berjayakah Anwar dengan langkahnya kali ini? Hanya tuhan yang tahu. Wallah wa'alam. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...