KELAKAR juga bila mengenangkan cerita di bawah ini. Setelah dihantar tiga kali barulah surat tunjuk sebab itu sampai ke tangan tuannya. Salah siapa ye? Dalam zaman yang serba canggih dan lengkap dengan IT, masih juga kita ketinggalan keretapi. Dan di sebalik penerimaan surat tersebut, ada juga yang tak kena. Nak tahu sebab apa?...baca selanjutnya di bawah ini :
IBU kepada calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud iaitu Yammy Samat pada Isnin mengesahkan yang dia akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno mengapa tindakan disiplin atau tindakan pemecatan daripada parti tidak boleh dikenakan ke atasnya atas dakwaan berkempen bagi pihak calon parti lawan. Surat itu diterima 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterima oleh Yammy. Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana salah alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya. Yammy ketika dihubungi mStar Online berkata, surat itu diterimanya daripada Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus yang datang sendiri ke rumahnya untuk melakukan serahan tangan pada kira-kira jam 11 pagi tadi.
Beliau bagaimanapun berkata, surat yang diterimanya itu sekadar salinan kepada surat asal yang bertarikh 3 Jun dan kandungannya begitu ringkas. Saya berterima kasih kepada Umno Perak kerana sudi menghantar surat secara serahan tangan kepada saya selepas lama menunggu.Tetapi kenapa saya hanya terima salinan surat tunjuk sebab daripada Umno? Tak kan saya nak memberi jawapan pada surat salinan? Surat asalnya mana? Kandungan surat itu pula terlalu ringkas yang hanya minta saya nyatakan sebab mengapa tindakan disiplin atau pemecatan tidak boleh dikenakan ke atas saya kerana berkempen untuk calon parti lawan. Tapi tak apa, saya akan jawab seperti yang dijanjikan, katanya lagi. Jawap, jangan tak jawap Yammy. Umno ni pemurah hati dan selalu memaafkan orang. Bayangkan bangsa asing menghina Umno, Umno maafkan. Maka, sila..silakan Yammy. Wasallam ~ IBM
SUMBER - mstar Online
UMNO hantar surat bising..yang DAP hantar surat kt ahli tipu dia diam pulak..x tanya DAP
ReplyDelete