Friday, June 20, 2014

MUHYIDDIN NAFI LETAK JAWATAN. ITU SEMUA FITNAH DARI PEMBANGKANG!!

JUMAAT, 20 JUNE 2014

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno. Spekulasi tersebar dalam media sosial dan juga portal pembangkang (seperti diatas) menyatakan tokoh politik itu akan memberi laluan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawat jawatan itu. Hishamuddin adalah sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tak ada (letak jawatan). Beliau masih ada di sini lagi, masih "alive and kicking," katanya kepada pemberita bagi menjawab desas-desus pengundurannya, dalam satu majlis di ibu negara semalam.

Selama mana beliau berada dalam kabinet (Najib) biasa berbincang dengan beliau. Jadi setakat hari ini, tidak apa-apa pun perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kedudukan beliau, katanya lagi. Muhyiddin juga berikrar untuk meneruskan khidmatnya selagi Najib yakin dan mempercayainya. Cakap-cakap mengenai peletakan jawatannya, kononnya akan berlaku esok, tercetus ketika ura-ura berlakunya rombakan kabinet. Itu semua ada bohong, fitnah semata-mata yang dicetuskan oleh pembangkang. Pembangkang dengki dengan kejayaan BN mentadbir negara, maka keluarlah cerita dongeng ini. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...