PEMBANGKANG GUNAKAN SUARA GHAIB DARI LUAR UNTUK MENGHALANG SAMAN DARI PM
![](http://4.bp.blogspot.com/-IlDNSpaAbao/U5ByWqKDwKI/AAAAAAAAfCo/LRp4YowmO2A/s1600/reporters-without-borders.jpg)
Malaysiakini sebagai sebuah portal haruslah berpegang kepada etika kewartawanan dan mestilah menggalas tanggungjawab sepertimana yang dipikul media cetak, bukan mencetak atau menimbulkan fitnah. Oleh itu, dari pandangan IBM kaedah yang digunapakai Malaysiakini menerusi 'Yoursay' adalah tidak beretika dan portal itu harus diberi pengajaran dan diheret ke Mahkamah. Jangan beri muka. Bagi IBM, dari sudut saman itu sendiri, terpulang kepada sesiapa, kalau portal ke apa kamu kena tahulah had dia sejauh mana kita boleh tulis bukan boleh suka hati sahaja tulis, apatah lagi jikanya berita yang tak benar, iaitu fitnah. Kalau fitnah dan ada isu yang nak dikeluarkan keluarkanlah, kerana kita tak boleh halang mereka kerana ia adalah kebebasan menulis, kebebasan memberikan fakta tapi ia semua ada hadnya. Jika ianya melampaui batas, maka kita boleh saman. Dan, dari sudut 'Yoursay' adalah kolum yang memuatkan rangkaian pendapat orang ramai berkenaan sesuatu isu tanpa sebarang tapisan. Ini bermakna jika seseorang membuat komen berunsurkan fitnah atau menghasut, pendapatnya akan diterbitkan tanpa tapisan dan ia akan dibaca oleh pelayar internet seluruh dunia. Sementara itu, ada juga berita yang boleh diterima pakai melaporkan saman itu dibuat oleh DS Najib terhadap Malaysiakini adalah atas kapasiti peribadinya dan bukannya sebagai seorang Perdana Menteri.
Ini bermakna, DS Najib tidak menyalahkan gunakan kedudukan beliau sebagai seorang Perdana Menteri. Tapi, kalau si Nuar tu dah tentu dia menggunakan semua kuasa yang dia ada sebagai Perdana Menteri. Nasib dia tak jadi PM pun...hehehe. Apapun DS, jangan risau, you're not alone, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) pun menyatakan sokongan padu kepada DS untuk menyaman Portal berita mesra Pakatan Haram jadah itu. Kepada RSF yang berpengkalan di Paris, jangan cuba-cuba nak sibuk pasal negara orang. Cari cerita sendiri dan jangan jadi "anjing yang menyalak bukit" dik kerana bersimpti dengan pembangkang. Seperti yang kita tahu, Kelmarin, DS Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Syarikat, ketua editor dan ketua pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas. Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Harap ianya tidak berlaku sebaliknya. Maksud IBM, bila Malaysiakini ajak selesaikan kes ini di luar Mahkamah, perlawaan itu diterima, kononnya kita ni pemaaf. Tolong...tolonglah. Yang lepas tu lepaslah. Jaga maruah bangsa kita dan jangan sampai kita merempat di negara kita sendiri. Wassallam ~ IBM