![](http://4.bp.blogspot.com/-rk75y3K5k9s/U6UXDkLLrKI/AAAAAAAAhOo/tOhT5ZMi6nk/s1600/berita-mahkamah-118x105.png)
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu. Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian". Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan. Berdebar-debar pulak le rasa dada ni. Macam pulak IBM yang menghakimi kes ini. Apapun itu hanya perasaan sahaja. Kita tunggu Isnin ini siapa yang kena. Wasallam ~ IBM