Monday, June 23, 2014

PENGERUSI JPP PKR KATA PENGADUHAN PEMILIHAN PKR LUAR BIASA. SALAH UMNO JUGA KE?

ISNIN, 23 JUNE 2014
GAMBAR di atas menceritakan segala-galanya tentang Parti Kelentung Rakyat (PKR) yang kononnya parti membela rakyat, telus, demokrasi, reformasi dan bebas daripada korapsi. Tapi, apa sudah jadi dengan pemilihan parti mereka? Gaduh sana-sini hingga ada yang pecah kepala. Yang peliknya tu, Pengerusi JPP merasakan ianya berlaku agak luar biasa. Apa maksud beliau tentang luar biasa tu? Adakah beliau masih lagi menyalahkan pihak luar yang empunya angkara? Baca apa katanya : 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul (gambar) berkata, insiden pergaduhan yang berlaku ketika pemilihan parti berkenaan di cabang Kuala Langat hujung minggu lalu berada di luar kawasan dan agak luar biasa. Mengikut Johari, mereka dan menyerahkannya kepada pihak polis. Johari pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini berkata, pihaknya juga tidak menerima maklumat sama ada individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut melibatkan anggota PKR. Tidak ada isu di Kuala Langat, kata Johari pada sidang media tersebut. Insiden itu berlaku di luar dewan pemilihan dan JPP percaya itu di luar kawasan kami dan kita tidak tahu siapa yang terlibat, anggota atau tidak. Orang teraniaya pun kita tidak tahu sama ada mereka anggota atau tidak... kita serah kepada polis, katanya.
Hujung minggu lalu, pemilihan PKR di cabang Kuala Langat dikatakan berlaku insiden pergaduhan dengan menyebabkan kecederaan seorang lelaki lingkungan umur 40an. JPP percaya itu bukan kawasan kami dan sudah pasti tidak libatkan JPP, katanya. Pada sidang media itu juga, Johari memaklumkan, pemilihan terakhir akan dilakukan pada 28 Jun ini, dengan 15 cabang akan menjalankan proses pengundian meliputi 10 kawasan di Malaysia Timur dan lima lagi di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah itu, lima cabang akan mengundi di Sabah iaitu di Tenom, Pensiangan, Keningau, Papar dan Semporna. Bagi Sarawak, proses pemilihan dijadualkan akan berlangsung di Batang Sadang, Julau, Sarikei, Kapit, dan Limbang.
Manakala di kawasan Semenanjung, cabang yang terlibat adalah di Sungai Besar, Subang, Kelana Jaya, Sepang, dan Puchong. Selepas ini tiada lagi pemilihan, katanya. Beliau berkata, kesemua peti undi di Semenanjung Malaysia akan di bawa ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk proses pengiraan, manakala peti undi di Sabah akan di bawa ke Kota Kinabalu, manakala di Sarawak akan dibawa ke Kuching untuk proses pengiraan. Beliau turut menunjukkan rakaman peti-peti undi yang disimpan di Ibu Pejabat PKR kepada pemberita yang diperhatikan sembilan kamera litar tertutup (CCTV) dengan pintu yang berkunci sebagai jaminan keselamatan untuk peti-peti berkenaan.
Selepas tong undi selamat dikembalikan, kita letak di tingkat 1 dan letakkan kamera. Siapa yang rasa tong dia hilang, dia boleh tengok di sini, katanya, dan menambah, kita boleh mula kira bila tiba masanya. Mengikut kenyataan beberapa ahli PKR yang IBM temui semalam, mereka hanya tersenyum senggih dan kata bahawa pemilihan PKR ini adalah pemilihan yang paling kotor, tak demokratik, rasuah dan ramalan mereka pergaduhan sesama-sendiri akan berterusan. Itu kata mereka. Maka, ianya memang luar biasa le ye. Apapun, kita tunggu dan lihat. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...