MENARIK juga cerita yang di tulis oleh salah seorang rakan blogger IBM yang menghantar ke email IBM. Maka, untuk pengkongsian maklumat dan juga untuk pengetahuan semua akan pail dan tabiat Ketua Pembangkang ni, jom baca tulis di bawah ini. Ianya pasti menarik :
![](http://3.bp.blogspot.com/-O7Wj3cAclw0/U6opU_xR4FI/AAAAAAAAhx4/p62cv8aHF_Q/s1600/Pemilihan+2014.jpg)
Kejadian benar keganasan di dalam pemilihan PKR baru-baru ini.
Apa sekalipun, penulis yakin jantung Anwar tergangggu setelah melihat betapa celarunya parti PKR yang dia tubuhkan. Tak disangkanya, pemilihan PKR yang huru hara pada tahun 2010, terus lagi huru hara pada 2014, malah lebih teruk lagi. Kalau dulu setakat kerusi terbang, meja terbang, tapi tambahan kepada itu sekarang, dalam pemilihan PKR sudah ada beberapa kepala yang dibasahi dengan darah. Ini baru ganas, takat baling-baling kerusi saja mana ganas, ada darah-darah baru ganas, tak gitu? Jangan 4 tahun lagi ada yang hilang nyawa sudahlah sebab biasanya memang macam itu, mula-mula kurang ganas, lepas itu ganas, kemudian barulah ada nyawa yang terbang.
Itulah PKR tuan-tuan dan puan-puan - parti yang diasaskan dari demonstrasi jalanan penuh keganasan. Tidak hairanlah kenapa keganasan masih menjadi amalan dalam parti tersebut. Keadilan konon. Macam ini ka nak jadi Perdana Menteri pak Syeikh ooi, parti sendiri pun tunggang langgang nak jadi PM macam mana? Jaga parti sendiri dulu bagi baik, kemudian baru gebang pasal nak jaga Malaysia. Kini, PKR lebih di kenali dengan nama Parti Kerusi Rosak, dan sesiapa yang menyokong parti PKR ini sudah pasti minda mereka akan rosak. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasalam ~ IBM