Wednesday, February 5, 2014

SAH! TIADA KENAIKAN TOL TAHUN INI....

RABU, 05 FEBRUARI 2014
BERITA mengembirakan dan yang ditunggu-tunggu oleh para pengguna lebuh raya. Akhirnya berita gembira ini disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat. Timbalan Perdana Menteri berkata pampasan itu adalah untuk Syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol. Beliau memberitahu sidang media mengenai keputusan itu selepas mesyuarat jawatankuasa khas bagi menangani masalah kos sara hidup, yang dipengerusikan beliau di sini, Rabu.
Muhyiddin berkata banyak lagi Syarikat konsesi termasuk Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) tidak menaikkan tol.  PLUS tak naik, dan banyak lagi Syarikat konsesi sekarang ini, ada 29 syarikat konsesi semuanya, cuma yang terlibat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, kalau tak silap saya ada sembilan Syarikat konsesi, katanya. Selain itu menurutnya jawatankuasa berkenaan juga bersetuju untuk meminta Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh berhubung konsesi tol sedia ada dalam konteks jangka panjang, sekiranya ada cara-cara yang boleh dilakukan untuk berunding semula dengan pemilik konsesi berkaitan dengan kutipan tol. 
Kalau ada terma-terma yang boleh dipersetujui bersama, termasuk untuk lanjutkan tempoh konsesi sebagai satu cara menentukan kadar tol tidak dinaikkan di masa hadapan, ini boleh dibincangkan. IBM dapat rasakan betapa gembiranya para penguna lebuh raya. Maka, terjawab sudah isu kenaikkan kadar tol seperti yang diheboh-hebohkan oleh pembangkang didalam blog-blog pro pembangkang baru-baru ini. Kesimpulannya, siapa kata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak prihatin dan mendengar rintihan rakyat?. Tapi, mesti ada yang berkata, ala, tahun ini je. Bagaimana dengan tahun depan?
Itu, kita cerita kemudian. IBM rasa, kerajaan akan menimbangkan itu semua demi untuk keselesaan rakyatnya. Apapun terima kasih kerajaan BN, terima kasih YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan perkhabaran baik ini. Mudah-mudahan, isu tol ini boleh di buat modal untuk kempen pada PRK di DUN Kajang pada bulan March nanti. InsaALLAH. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. tapi insuran kete naik 15% 15 February nih!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ SolitaireHunter,

      Ini yg buat kepala rakyat pening. Kontrol yg ini, yg itu naik. Apalagi yg Kerajaan boleh buat?...tak faham den. Apapun tunggu pengesahanya...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...