SEMBANG-SEMBANG BOLA : BPL
London: Kesilapan Kolo Toure menghalang Liverpool untuk mengukuhkan cengkaman di tempat keempat dalam saingan Liga Perdana, apabila dipaksa terikat 1-1 oleh West Bromwich Albion di gelanggang lawan, malam tadi. Pasukan ini mengimpikan untuk berada selesa empat mata di depan pesaing terdekat, Everton dan nampak berpeluang untuk menggapai apabila Daniel Sturridge mendapat jaringan pendahuluan. Namun kesilapan Toure di kawasan berhampiran gawang ketika melakukan hantaran pantas disambar Victor Anichebe untuk menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67. Keputusan seri itu meletakkan Liverpool kini meraih 47 mata daripada 24 perlawanan, tiga mata di belakang Chelsea yang hanya berdepan cabaran besar menentang pendahulu liga, Manchester City awal pagi ini.
Pasukan ini juga pernah menewaskan Manchester United 2-1 di laman lawan sebulan sebelum itu, namun tewas kepada Aston Villa 4-3 pada perlawanan terbaru 29 Januari lalu. Kesimpulannya, tiada siapa yang harus disalahkan apabila keputusan yang sebegitu rupa. Semua orang mahu menang. Liverpool, ayuh bangkit diperlawanan seterusnya, jangan diulangi kesilapan seperti itu lagi. Kami peminat-peminat setia mu berdiri teguh di belakang mu. Arios!!.
"YOU'LL NEVER WALK ALONE"
Sturridge yang mula membuka tirai jaringan di Stadium The Hawthorns pada minit ke-23, hasil bantuan Luis Suarez untuk menewaskan penjaga gawang, Ben Foster. Gol penyamaan tuan rumah oleh Anichebe itu sekali gus membenarkan West Brom meraih rekod baru mengikat pasukan yang sedang di kelompok tiga teratas. Kali terakhir mereka mengikat Arsenal 1-1, pada Oktober tahun lalu.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"