Friday, February 7, 2014

BILA 'ALONG' DAH JADI LALOK TAK DAPAT KUTIP HUTANG....

JUMAAT, 07 FEBRUARI 2014
Perbuatan menyimbah 'cat merah' memang dah menjadi kegemaran dan hobi 'Along' si peminjam wang haram. Kepada si peminjam yang tak dapat lunaskan hutang mereka atau dikesan oleh Along tepat pada masanya akan menerima akibat seperti ini. Itu adalah tanda-tanda amaran kepada si peminjam yang liat untuk membawar balik pinjaman mereka. Maka, terimalah akibatnya. Jangan terkejut bila cat merah sebagai hadiahnya.

Memang tidak dinafikan 'Along' amat mahir dalam soal wang tetapi kurang cekap dan tepat apabila mereka mengamalkan perbuatan menyimbah cat merah terhadap peminjam yang tidak membayar hutang. Semalam, hari Khamis di Ipoh, dua lelaki dipercayai peminjam wang haram atau Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah Syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah Bank bersebelahan dalam kejadian kira-kira 3.15 petang. Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran Bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank.

Menurut seorang lagi pengawal keselamatan, lelaki terbabit sebenarnya mahu melempar cat itu ke premis sebuah Syarikat bersebelahan Bank tersebut tetapi malangnya terlempar ke pintu masuk bank. Mereka turut melempar beberapa salinan kad pengenalan seorang lelaki yang dipercayai pemilik Syarikat itu, katanya. Berita dari Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. 
Itulah tektik kotor dari Along si peminjam wang haram yang tak habis-habis mendatangkan masalah kepada masyarakat. Dah le pengotor kerana menampal iklan-iklan haram mereka di segenap bangunan mengikut sesuka hati depa. Memang kurang ajar. Harap pihak berwajib dapat mencegahnya supaya bandar di seluruh negara kelihatan bersih dan terurus apatah lagi tahun ini adalah 'Tahun 2014 adalah tahun Melawat Malaysia'. Katakan tidak kepada Along. wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...