Friday, February 7, 2014

MERISIK KHABAR DIKAJANG SEMPENA PRK N25 DUN KAJANG.....MACAM-MACAM ADA..

JUMAAT, 07 FEBRUARI 2014
SEMALAM, IBM dan seorang rakan pergi ke Kajang untuk pekena satay kajang. Bermula dengan mulut IBM yang gatal ni, tiba-tiba teringin pulak rasa nak makan satay kajang. IBM terus menalipon seorang rakan karib IBM yang kebetulan pulak dia juga teringatkan satay Kajang. Ngam, kata beliau. Apabila persetujuan dibuat, kawan karib IBM tu datang ambik IBM kat rumah dan terus ke Kajang dengan menaiki kereta beliau. Tempat tumpuan kami ialah Satay Haji Samuri, satay yang popular di Kajang.

Sebenarnya tujuan IBM ke sana semata-mata nak melihat suasana dan juga untuk mendapat maklum balas dari penduduk-penduduk disana tentang PRK Kajang yang akan diadakan pada bulan March ini. Sempat juga IBM bertanya dengan beberapa-berapa penduduk di situ yang kebetulan tengah makan satay di tempat yang sama. Mereka memberikan pelbagai pandangan mengenai pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu. Walaupun kebanyakan mereka seolah-olah tidak berpuas hati kerana perlu mengundi sekali lagi, tapi,  terdapat juga yang mengalu-alukan pilihan raya kecil itu yang menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu. 


IBM sempat menemu ramah seorang peniaga di bandar Kajang, yang  tidak mahu dikenali percaya pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran. Katanya, beliau mengundi Lee Chin Cheh pada pilihan raya Mei 2013 tahun lalu. Katanya,  dia tidak kisah Anwar bertanding dan percaya ini semua sekadar satu permainan. Bagi beliau tidak kisah siapa yang bertanding. Ini kerana beliau tidak pasti sejauh mana perubahan di Kajang ini  jika Anwar menang. Berapa banyak yang boleh dilakukannya? Beliau begitu bersemangat sekali dan tetap akan mengundi kerana ia sudah menjadi haknya. IBM temui seorang lagi  penduduk Kajang yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat. Beliau pula tidak pasti jika dia akan mengundi kerana belum tahu mengenai jadualnya pada hari itu.
Sementara itu terdapat penduduk Kajang yang lain mengalu-alukan hakikat bahawa Anwar akan bertanding. Kononnya Anwar bertanding kerusi itu untuk mengukuhkan politik negeri. Seorang dua lagi yang IBM temui berkata mereka tidak tahu mengapa Lee meletak jawatan tetapi menegaskan bahawa mereka mahukan pemimpin yang boleh menyelesaikan masalah-masalah harian orang Kajang. Tidak kira mereka datang daripada parti mana asalkan mereka boleh melihat masalah mereka dan memastikan tindakan diambil, kata salah seorang dari mereka. Manakala seorang pemandu teksi yang hanya juga sedang menikmati satay ditempat yang sama, hairan mengapa Lee meletak jawatan?

Bagaimanpun, beliau tetapi selesa dengan kenyataan bahawa Anwar akan bertanding. Tanpa berselindung, terus-terang beliau kata telah mengundi Lee dalam PRU ke-13 yang lalu. Dan beliau merasa bangga kerana  nama besar seperti Anwar bertanding di Kajang ini. Katanya lagi, isu kenaikan harga masih menjadi masalah orang ramai. Maka, beliau percaya Anwar boleh menyumbang sesuatu untuk Selangor kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Penyokong kuat Anwar rupanya....pada muka aku..heheheheh.
Tak habis disitu. Katanya lagi, sebab mengundi PKR ialah kerana Anwar. Beliau berfikiran bahawa Anwar akan dapat membuat beberapa perubahan di Kajang, katanya dengan nada yang serius. Untuk maklumat semua Terdapat 39,278 pengundi berdaftar di kawasan ini, dengan 1,197 adalah pengundi awal dan 26 pengundi di luar negara. Kawasan ini terdiri daripada 48.5 peratus Melayu (19,050 pengundi), 40.28 peratus Cina (15,823 pengundi), 10.29 peratus India (4,040 pengundi), 0.52 peratus lain-lain (203 pengundi), 0.2 peratus Sabah bumiputra (78 pengundi) , 0.19 peratus bumiputera Sarawak (74 pengundi) dan 0.03 peratus Orang Asli (10 pengundi).
Mengimbas kembali akan perletakkan jawatan Lee dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa Anwar sedang berkira-kira menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor . Keputusan Pada pilihan raya Mei tahun lepas berpihak kepada calon PKR itu. Lee memperoleh sejumlah 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertarungan enam penjuru menentang calon Barisan Nasional, Berjasa dan tiga calon Bebas. Maka, setelah letih menemu ramah (sambil makan satay) beberapa penduduk/pengundi di Kajang ini, IBM mengambil kesimpulan bahawa terdapat pandangan yang berbeza-beza daripada penduduk tentang PRK DUN Kajang ini.

Selesai je makan satay, IBM dan rakan IBM tu terus sahaja pulang ke PJ dengan perasaan yang bercampur-campur. Dalam kepala ni berserabut dan melontarkan persoalan. Boleh ke Barisan Nasional (BN) menang nanti? Dan bagaimanakah cara atau kaedah untuk mengalahkan bapak syaitan yang bernama Anwar Ibrahim ini, sekali gus kita aibkan dia mengikut pandangan peribadi wakil rakyat daripada DAPigs iaitu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua@Puaka yang menyuarakan bahawa Pakatan Rakyat akan "berkubur" sekiranya Anwar tewas di Kajang nanti. 

Harap-harap itu satu doa dari Tony Pua dan akan menjadi kenyataan. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...