BERITA SUKAN
Dua jaringan Charlie Adam memastikan Stoke meraih kemenangan pertama mereka di laman sendiri ke atas Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila menang 2-1 di Stadium Britannia, malam tadi. Adam membuka tirai jaringan Stoke pada minit ke-38 menerusi sepakan percuma yang terbias kaki pemain United, Michael Carrick, sekali gus mengelirukan penjaga golnya, David de Gea.
Biarpun Robin van Persie berjaya menjaringkan gol penyamaan United pada minit ke-47, Adam sekali lagi menjadi pemusnah apabila menjaringkan gol kemenangan Stoke, lima minit berselang. Ia memberikan kekalahan kelapan skuad kendalian David Moyes itu selepas 24 perlawanan musim ini untuk kekal terperosok di tangga ketujuh liga dengan 40 mata, jauh ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu, Manchester City yang hanya akan turun beraksi bertemu Chelsea, awal pagi Selasa ini.
United bagaimanapun masih tiga mata mengatasi pasukan tangga kelapan, Newcastle yang tewas 3-0 kepada Sunderland di laman sendiri, malam tadi. Nampaknya, kempunan le United pada musim ini. Kebanyakan piala yang dipertandingkan terlepas dari jangkauan mereka. Soalan : Adakah ini akan menjurus kepada penyikiran David Moyes kerana pristasinya sebagai Pengurus tidak konsisten?........kita tungguuuuu....
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"