Wednesday, February 5, 2014

ANWAR RASA LEGA BILA 48 RIBU PENDATANG ASING DIHANTAR PULANG......

RABU, 05 FEBRUARI 2014
SYABAS diucapkan kepada Jabatan Imigresen yang telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan sekali menerusi Operasi Bersepadu Fasa Dua yang mana Jabatan Imigresen berjaya menghantar pulang seramai 48,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal menerusi pelbagai operasi yang dijalankan sehingga kini sejak tahun lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Alias Ahmad (gambar bawah) berkata, proses penghantaran pulang Pati dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan. Menurut Alias, operasi itu turut melibatkan Operasi Bersepadu Fasa Dua yang dilaksanakan sejak 21 Januari lalu apabila seramai 3,000 Pati ditahan daripada 15,000 orang yang diperiksa. Tahun lepas kita hantar pulang seramai 45,000 orang. Tahun ini sahaja dianggarkan 3,000 orang. Jumlahnya akan berubah bergantung kepada proses mendapatkan dokumen perjalanan daripada kedutaan negara masing-masing.
Tempoh kita menghantar pulang biasanya tujuh hari tetapi terdapat kes di mana penghantaran pulang tidak dibuat dengan segera kerana adanya halangan untuk mendapatkan dokumen perjalanan apabila ada negara tidak mengaku (Pati) sebagai rakyatnya, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Datuk Aloyah Mamat yang dilantik sebagai ketua pengarah baharu, berkuatkuasa pada Rabu. Pelantikan itu berikutan Alias dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mulai Rabu.
Dalam perkembangan berkaitan, Alias berkata, pihaknya telah berhubung dengan Wisma Putra supaya Myanmar mengambil keputusan yang konstruktif untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada rakyat mereka yang menjadi Pati di negara ini. Sebahagian besar daripada mereka ialah etnik Rohingya, Chin dan Kachin. Mereka yang berdaftar dengan UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian) dan mengaku sebagai rakyat Myanmar seramai 85,000 orang. Menjadi masalah kepada kita ialah mereka tiada dokumen (perjalanan). Wisma Putra memang sedang berhubung dengan Kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan isu antarabangsa ini, katanya.
Nampaknya segala usaha yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen sudah tentu membawa gembira kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada PRK DUN Kajang yang akan diadakan seperti butir-butir diatas (diumumkan oleh SPR) semalam, Rabu. Ini kerana dimasa PRU ke-13 lalu, Anwar menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa masuk 40 ribu warga Bangladesh bagi tujuan mengundi sekali gus memenangkan BN pada PRU tersebut. Tapi, itu hanya tuduhan yang tidak berasas  dan fitnah semata-mata. Maka, dah tentu beliau merasa lega apabila mendapat berita terkini bahawa 48 ribu pendatang asing telah dihantar pulang dalam berbagai Operasi dan yang terkini Operasi Bersepadu Fasa Dua. Untuk cerita lanjut tentang pengumuman SPR tarikh PRK DUN Kajang, KLIK disini.
Maka, Anwar beranggapan bahawa kerajaan BN tidak lagi boleh main kotor atau menipu dengan membawa penghundi hantu dan pendatang-pendatang asing bagi tujuan mengundi bagi pihak BN. Dipendekkan cerita, Anwar akan selamat dan konfiden akan memenangi PRK DUN Kajang nanti tanpa gangguan dari pihak luar. Waema apapun yang Anwar katakan, tuduhan-tuduhan yang beliau lamparkan terhadap BN, yang sebenarnya, beliaulah seorang penipu. Kerjanya hanya menipu dan menipu. Kalau tak menipu, bukanlah Anwar namanya. Anwar 'Anugerah Tuhan'. Itulah kata-kata hikmah yang diungkapkan oleh isteri beliau, Datin Wan Azizah. 

Ayuh rakan-rakan semua. Gendang PRK telah dipalu. Mari kita berkampung di Kajang, kerja kuat bagi mempastikan Anwar kecundang di Kajang nanti. Prinsip BN ~ "Lawan tetap lawan". Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...