IBM setuju benar dengan apa yang dikatakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz supaya BN tidak mengunakan keadah yang sudah lapuk iaitu mengunakan modal seperti isu 'kes seks' Anwar. Meluat orang nanti, dan bertambah simpati dan kesian orang-orang Kajang pada Anwar. Cuba le kita cari isu yang lebih relevan yang boleh membuka minda para pengundi di Kajang. Kita cari kelemahan parti lawan, calonnya dan yang paling penting sekali ialah berkenaan isu 'harga barang yang naik' secara mendadak. BN kena turun padang, terangkan kepada rakyat/pengundi disana dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan BN bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang-barang tersebut.
Kata Tan Sri Abdul Aziz lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengulas pendekatan kempen melibatkan isu seks Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno di Kajang kerana peraturan pilihan raya berkaitan perkara itu sudah jelas. SPR telah mengadakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil berkali-kali dan SPR telah memaklumkan peraturan-peraturan dan kod etika semasa kempen pilihan raya kepada semua parti-parti politik, di samping pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya (yang) memantaunya. Mereka faham hal ini dan tak perlu kita orang ulas, kata pengerusi SPR itu lagi.
Beliau menjawab dan mengulas akan kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (kanan) bahawa BN akan ketengahkan isu seks yang didakwa melibatkan Anwar dalam kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Beliau ditanya sama adakah perkara itu melanggar peraturan dan tindakkan yang mungkin diambil suruhanjaya itu. Kononnya, BN akan menjadikan modal rayuan kes Liwat II membabitkan Anwar dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai bahan kempen BN dalam pilihan raya kecil Kajang tidak lama lagi. Ahmad sebelum ini berkata, pengundi Kajang perlu diingatkan yang pembangkang menawarkan seorang calon dengan beban kes mahkamah yang masih belum selesai.
Tapi, IBM rasa itu hanya pandangan dari Datuk Ahmad Mazlan. Belum diputuskan lagi. Masih ada masa untuk BN duduk berbincang mengenai siapakah calon yang layak untuk bertanding menentang Anwar nanti dan banyak lagi. Jangan pening-peningkan kepala buat masa ni. Cuma, team pemantau yang disyorkan oleh sesetengah pemimpin atas Umno untuk di hantar dan meresap ke kampung-kampung bagi mendapatkan maklum balas penduduk/pengundi tentang PRK DUN kajang harus di percepatkan. Buat kerja awal, kadang-kala boleh mendatangkan faedah seperti apa yang dipraktikkan oleh BN selama ini.
Ayuh, kita berganding bahu, rapatkan barisan bagi memastikan kemenangan BN di sana walaupun di atas kertas kita akan tewas kepada Anwar. Itu baru atas kertas. Perjuangan sebenarnya belum lagi bermula. Kalau betul caranya kita boleh membuat sesuatu keputusan yang memeranjatkan seperti apa yang IBM katakan sebelum ini bahawa Anwar bukanya kebal, tidak boleh dikalahkan. Apapun, lawan tetap lawan. Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"