Thursday, February 6, 2014

CHEMAS BILA DIACU PISTOL

KHAMIS, 06 FEBRUARI 2014
 Juruwang Cemas Diacu Pistol Sebelum Disamun
CEMAS seketika. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja sepucuk pistol diacukan kepada beliau.  Pengalaman yang mencemaskan itu berlaku pada seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Jalan Tanjung Pasir, di sini berdepan detik cemas apabila diacukan sepucuk pistol oleh dua lelaki sebelum menyamun wang tunai RM16,000 petang Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 4 petang itu, juruwang berumur 20-an, dihampiri suspek yang menyamar sebagai pelanggan.
Ketika berada di depan mangsa, seorang daripada suspek secara tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukan ke arah mangsa menyebabkan mangsa terkejut dan menyerahkan semua wang di dalam laci. Selepas mengambil kesemua wang tunai itu, suspek bergegas melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Myvi, katanya kepada pemberita hari ini (Khamis). Beliau berkata, sejurus selepas itu, mangsa yang dalam keadaan trauma terus menghubungi Balai Polis Bukit Goh untuk meminta bantuan.
Supt Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat memastikan sama ada senjata api yang digunakan dalam kejadian itu pistol tiruan atau sebaliknya dan terpaksa menyerahkan semua wang itu kerana bimbang dengan keselamatannya. Katanya, berikutan kejadian itu polis kini menjalankan operasi bagi memburu kedua-dua suspek terbabit. Beliau turut meminta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atau mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan. 
Ingat pesanan pihak Polis. Berhati-hati kerana "jenayah ada dimana-mana". Ianya boleh berlaku tak kira tempat dan masa. Dan perompak ni pulak bukannya takut pada Polis. Yang penting, depa dapat habuan (wang) yang mereka samun, lepas tu cabut. Kalau kita tak bernasib baik, habis kita.  Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...