Tuesday, February 4, 2014

TANGGAL 10 FEBRUARI PASANGAN MALAYSIA AKAN DIDAKWA OLEH KERAJAAN SWEEDEN

SELASA, 4 FEBRUARI 2014
PERKHABARAN sedih dari Sweden bahawa pasangan dari Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak mereka dijangka akan didakwa di mahkamah pada Isnin depan, itu mengikut maklumat terkini dari salah seorang daripada peguam mereka. Kristofer Stahre yang merupakan peguam kepada salah seorang daripada yang ditahan Shalwati Nurshal memberitahu, pasangan itu akan dibicarakan di bawah Kanun Jenayah Sweden kerana "pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar". Stahre menerusi kiriman emelnya berkata bahawa anak guamnya menafikan kecurigaan berhubung dakwaan itu tetapi menambah bahawa "jika mahkamah mendapati ianya bersalah yang melampaui keraguan yang munasabah, hukumannya penjara minimum enam bulan penjara dan maksimum enam tahun."

Beliau berkata, tarikh yang diberikan mahkamah belum ditetapkan lagi tetapi menambah bahawa pendakwaan mungkin akan dilakukan pada 10 Februari pukul 11 pagi (6 petang waktu Malaysia). Perbicaraan mungkin akan bermula pada 18 Februari pukul 9 pagi (4 petang waktu Malaysia) dan akan berlangsung selama kira-kira tujuh hari, katanya. Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin ditahan sejak 18 Disember lalu tetapi pihak berkuasa Sweden membenarkan empat anak kepada pasangan itu untuk pulang ke Malaysia. Mengenai jenis kesalahan yang disyaki, Stahre berkata, ia melibatkan grov fridskränkning (pencabulan integriti kanak-kanak secara kasar), yang merupakan suatu kesalahan di bawah perkara 4 Brottsbalken (Kanun Jenayah Sweden).
Menurut Stahre lagi, jenayah yang disyaki terdiri daripada beberapa bentuk penderaan kecil, yang didakwa berlaku semasa keluarga itu berada di Sweden selama tiga setengah tahun. Jika disabit bersalah, beliau berkata, terdapat kemungkinan hukuman pesalah boleh melakukan khidmat masyarakat dan bukannya dipenjara. Beliau berkata, pesalah hanya perlu menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara sekiranya mereka menunjukkan kelakuan yang baik. Jika kedua-dua pasangan tersebut, Shalwati dan Azizul didapati bersalah tempoh mereka direman akan juga direman sebelum hukuman penjara dilaksanakan. Sementara itu dilaporkan bahawa Shalwati meluahkan rasa lega apabila kesemua anaknya telah pulang ke Malaysia dan dijaga oleh ahli keluarga dengan bantuan Wisma Putra.
Stahre juga melaporkan bahawa Shalwati mendapat kekuatan dengan sokongan moral saudara mara, rakan-rakan dan rakyat Malaysia yang menyatakan sokongan buatnya di Facebook.  Ramai yang bersimpati dengan pasangan ini. Walaubagimana pun ia masih merupakan satu situasi yang sukar buat pasangan Malaysia tersebut dan beliau, Sathre, cuba  melakukan yang terbaik untuk terus memberikan semangat kepada kedua-dua pasangan tersebut, kata Stahre lagi. Lebih menyakinkan, Duta Besar Malaysia di Sweden bersama-sama dengan kakitangannya di Stockholm juga telah membantu dalam apa cara sebaik mungkin. Sementara itu, peguam Azizul, Jonas Tamm, tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mengenai pasangan itu.
Sama-sama kita berdoa agarnya semua berjalan lancar dan akhirnya nanti, pasangan dari Malaysia tersebut, Shalwati dan Azizul dibebaskan sekali gus dapat bertemu kembali dengan anak-anak mereka yang telah pulang ke tanah air.  Siapa yang tak sayang anak ooi. Amin!
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...