Monday, February 3, 2014

ANWAR AKUI PENYAKIT 'KANSER' DALAM PKR SELANGOR KIAN MEREBAK...

ISNIN,  03 FEBRUARI 2014
Ibarat kata pepatah melayu, "bangkai gajah tak dapat ditudung dengan niru, akan nampak juga". Itulah kemelut yang sedang berlaku di dalam PArti Keadilah Rakyat (PKR) Selangor pada masa ini. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan. Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.

Tapi, biasalah Anwar ni. Setiap bantuan yang beliau hulurkan mesti ada balasannya. Contohnya apabila berlaku PRK DUN Kajang yang mana beliau minta PKR Selangor mencalokan beliau sebagai calon setelah kerusi DUN tersebut dikosongkan oleh penyandangnya yang juga dari PKR. Pengakuan Anwar bahawa masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan dibuat pada malam semalam  dalam ceramahnya. Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang. Sebelum bergegas pulang, dalam sidang akhbar yang ringkas itu,  ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , kata Anwar kalau boleh jangan libatkan DYMM Sultan Selangor  dalam pergelokan politik di negeri Selangor ini.

Tapi, boleh percaya ke cakap Anwar ni? Setahu kita dia akan libatkan sesiapa sahaja sekiranya segala cita-cita dan impian beliau tidak kesampian. Siapa tak kenal Anwar ni, kan?. Oh ya, difahamkan juga mengapa Anwar pulang tergesa-gesa pada malam itu yang mana dikhabarkan ceramah pada malam itu tidak mendapat sambutan. Ramai penyokong-penyokong Anwar bertindak keluar dewan semasa beliau menerangkan kenapa beliau harus bertanding di DUN Kajang pada PRK yang akan datang ini. Tapi, penjelasan Anwar itu tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokongnya. Nampaknya penyakit kanser dalam PKR ni kian merebak............Wasallam.

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...