Saturday, August 30, 2014

HARAP IA BERKESUDAHAN DENGAN BAIK ~ NAJIB

SATU, 30 OGOS 2014

SUMBER : 
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung teguran terbuka terhadap kepemimpinannya, baru-baru ini. Beliau juga meletakkan harapan tinggi supaya situasi yang berlaku antara Dr Mahathir dan dirinya akan berakhir dengan baik dan membawa manfaat kepada Umno. "Segala kemungkinan akan berlaku. "Harap ia dapat diurus dan ditangani dengan sebaiknya dan berkesudahan dengan keadaan yang baik secara keseluruhannya untuk Umno," jawab Perdana Menteri. Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat. Menerusi blognya, chedet.cc, Dr Mahathir menulis bahawa beliau hilang kepercayaan dalam kerajaan setelah berkali-kali menegur dasar kerajaan pimpinan Najib sekarang.
"UMNO DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA"

INI ADALAH KRISIS DALAM UMNO. BOLEH DISELESAIKAN DENGAN BAIK

Beliau mendakwa pentadbiran Najib gagal menjadikan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pengajaran dan terus memperkenalkan dasar yang memusnahkan hubungan antara kaum dan ekonomi negara. Ditanya lebih lanjut berhubung perkara sama, Najib berkata, beliau menganggap teguran bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu sebagai 'soal dalaman Umno'. Katanya, semua pihak menghormati Dr Mahathir sebagai negarawan kanan dan dengan itu, Umno dan BN menerima teguran beliau. Najib berkata, walaupun pemimpin tertinggi Umno telah menyatakan pendirian menyokong kepimpinan sedia ada, teguran tersebut tetap diterima sebagai teguran daripada seorang negarawan kanan. "Kebanyakan pemimpin Umno telah membuat kenyataan dan dari segi pendirian menyokong kepimpinan sedia ada. "Di samping itu kita menghormati beliau sebagai negarawan kanan," katanya.

P/S  ~ Insyallah, semua akan berakhir dengan baik. Kerana setiap kebaikan yang kita nak lakukan demi bangsa, agama dan negara, tuhan akan makbulkan. Harap2 apa yang DS Najib lafaskan akan menjadi kenyataan. Persalahan pendapat biasalah di dalam politik. Nasihat-menasihati, tegur-menegur adalah amalan yang baik. Najib mengharapkan yang terbaik dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk terus memberi tunjuk ajar kepadanya kerana UMNO mengamalkan kemaufakatan. Insyallah. Wasallam ~ IBM

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 57. MERDEKA!!

SABTU, 30 OGOS 2014

MALAYSIA OH MALAYSIA, TANAH TUMPAH DARAH KU

Salam semua,
"Kita sudah Tiada Masa. Majulah Dengan Maha Perkasa. Janganlah Terlalai, Teruskan Usaha. Malaysiakan Gagah di Nusantara." Wassallam.

Ikhlas Dari : IBM

Friday, August 29, 2014

STRATEGI TERBARU RAFIZI PONDAN : HASUT CALON PKR UNTUK TARIK DIRI DARI CALON MB SEMATA-MATA UNTUK MENANGKAN NENEK KIPAS. STRATEGI LAPUKK!

JUMAAT, 29 OGOS 2014

SUMBER :
STRATEGI RAFIZI PONDAN AKAN MELINGKUPKAN "PARTI KELENTUNG RAKYAT" (PKR)


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu supaya menolak pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan lambang kesetiaan mereka (Adun) kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan. "Setiap Adun PKR di Selangor harus menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti itu yang turut dipersetuju Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat. Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor. Jelas Rafizi, setiap Adun (PKR) harus menyokong keputusan parti untuk menamakan presiden parti sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati," katanya. Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Saya ucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Wan Azizah," katanya. Pada Khamis, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berpendapat Nik Nazmi adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik. Bagaimanapun, Nik Nazmi menolak cadangan tersebut dan tetap menyokong pencalonan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut.

P/S ~ Itu je le yang termampu dibuat oleh pengarah stratregi PKR, si Rafizi pondah. Hasut-menghasut tu dah kerja harian beliau. Demi nk jaga hati bossnya, si Nuar Brahim tu, beliau sanggup beri racun pada calon2 PKR yang lain supaya menolak dan tarik diri calon MB. Beri laluan pada Wan Azizah@Nenek Kipas. Dia tahu tak yang Sultan tak suka dan akan tolak nenek kipas tu dari jadi MB Selangor?...tak tahu malu ke pemimpin-pemimpin PKR ni? IBM rasa strategi si Rafizi pondan tu akan melingkupkan lagi PKR dan PR akan hancuss. Kalau PKR tolak pun, calon PAS kan ada. Maka, calon PAS lah pemenangnya. Kesian si Rafizi ni, strategi demi strategi dibuat, tapi, tak menjadi, hampehhh!. Wasallam ~ IBM

MESEJ SULTAN SELANGOR PADA NENEK KIPAS : TAK MAHU MENTERI BESAR YANG DIKAWAL ORANG LAIN. ADE FAHAM KA??

JUMAAT, 29 OGOS 2014

SUMBER :
Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain. Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda. “Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri. “Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu. Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang Menteri Besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Beliau turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk tidak memanjangkan masalah dalaman parti ke dalam pentadbiran negeri dan menganggu pemerintahan negeri. “Ini merupakan masalah dalaman parti,” katanya. Ditanya sekiranya perlu seorang Menteri Besar itu adalah anak kelahiran Selangor, beliau berkata, Perlembagaan negeri tidak menetapkan perkara tersebut. “Sebagai contoh, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Jamil Rais dilahirkan di Perak tetapi sebahagian besar hidupnya menetap di Selangor,” katanya. Sumber itu berkata, Sultan Selangor turut menyuarakan perasaannya mengenai kenyataan anti-Istana yang dibuat oleh ahli-ahli politik tertentu yang telah merosakkan dan menyakitkan hati dan membatasi dengan hasutan.
Walau bagaimana pun, Tan Sri Khalid Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Besar, manakala baginda Sultan akan mengambil masa untuk membuat keputusan terbaik buat rakyat. “Tidak perlu panik kerana kerajaan sekarang bukan hanya kerajaan sementara semata-mata, ia adalah kerajaan penuh. Perkara yang berlaku adalah melibatkan pertukaran Menteri Besar dari Pakatan Rakyat. Maka, Pakatan Selangor harus tunggu jangan memaksa dan menekan pihak Istana untuk membuat keputusan. IBM rasa, Duli tuanku Selangor tahu apa nak buat dan baginda dah masak dengan cara pakatan berpolitik di Selangor ini. Kita tunggu akan kesudahan episod MB Selangor ini dengan penuh kesabaran. Bagi Pakatan haram, biak pi depa hancuk kata orang utara. Wasallam ~ IBM

Thursday, August 28, 2014

PENGORBANAN WIRA NEGARA DI SANJUNG, MANGSA NAHAS #MH17 DIHORMATI ~ NAJIB

KHAMIS, 28 OGOS 2014

SUMBER : 
Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan kata-kata nista yang cuba menggambarkan kerajaan lebih mengutamakan jenazah mangsa tragedi MH17 berbanding anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa Lahad Datu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selama ini kerajaan sentiasa memberi penghormatan dan sanjungan yang amat tinggi kepada anggota keselamatan yang terkorban kerana berjuang mempertahankan tanah air daripada pencerobohan musuh. Sehubungan itu beliau berkata, kata-kata nista seumpama itu hanya bertujuan memecah belahkan perpaduan rakyat melalui kenyataan kontroversi membabitkan anggota keselamatan di Lahad Datu dengan mangsa-mangsa tragedi MH17. Menurut Najib atas dasar kerajaan yang amat mementingkan rakyat menyebabkan beliau sedia melakukan segalanya termasuk menghubungi ketua pemberontak bagi mendapatkan kembali mayat-mayat dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas selepas ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Katanya kejadian itu juga membuktikan Malaysia boleh menjalinkan hubungan bukan sahaja dengan kuasa-kuasa besar dan negara membangun, malah dengan pemberontak asalkan ia berkaitan keselamatan dan keutamaan warganegaranya. “Niat saya hanya mahu mengembalikan jasad mangsa kepada ahli keluarga dan saya langsung tidak berjanji apa-apa serta membayar satu sen pun kepada ketua pemberontak ketika menghubunginya. “Apabila dibuat dengan ikhlas akhirnya mereka bersetuju untuk menyerahkan mayat dan kotak hitam hanya kepada pasukan penyiasat Malaysia. Ini merupakan satu bantuan yang Allah beri kepada kita,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.
P/S ~ Apa nak hairankan. Itukan kerja pembangkang. Kalau tak fitnah ,kata-kata nista, bukanlah pembangkang namanya. Nak tengok diorang mengelabah bila kena kat batang hidung keluaraga depa. Jam tu, barulah  depa kata kerajaan bagus. Puiiii!...bangsat punya pembangkang. Satu sen pun tak ada guna. Wasallam ~ IBM

ANWAR TERPAKSA MELUTUT, MERAYU PADA PAS SUPAYA SETUJU CALONKAN BININYA SEBAGAI MB. GILO!!

KHAMIS, 28 OGOS 2014

SUMBER :
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu, adalah muktamad. Beliau mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas. "Saya akan merayu kepada mereka (PAS) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini Khamis. Anwar mengakui isu calon menteri besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata, keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan. Anwar berkata, soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut. Berkenaan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu. "Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos, di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut," tegas Anwar. Pada Selasa lepas, Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih.

P/S ~ Kalau dan terdesak tu, sangup buat apa sahaja demi mempastikan percalonan isterinya mendapat sokongan dari rakan kongsinya. Itu yang berlaku pada Anwar yang diberitakan akan merayu, melutut pada PAS agar bersetuju mencalokan bininya untuk menjadi MB Selangor. Mungkin nak jolok dengan duit, tak jalan, takut-takut kena jerat atau masuk perangkap, maka, jalan terakhir ialah merayu. Kesimpulanya, anwar memang terdesak. Anwar desprado!. Huhuhuhu. Wasallam ~ IBM

ALVIN TAN, BLOGGER SEKS JADI BURUAN POLIS!

KHAMIS, 28 OGOS 2014

BERANI buat berani tanggung le. Kenapa pulak Cina haram jadah ni nak lari dan sembunyi diri. Masuk le ko nanti. Akibat kurang ajar, kini, Blogger seks dari Malaysia, Alvin Tan kini menjadi buruan selepas dia tidak mematuhi syarat ikat jamin. Namun, bertentangan dengan laporan media, The Straits Times difahamkan bahawa dia kini tidak berada di Singapura. Peguam Tan, Chong Joo Tian berkata anak guamnya sepatutnya menyerahkan kembali pasportnya kepada polis Malaysia pada 3 Jun, selepas membuat perjalanan di sini pada bulan Mei untuk menfilemkan dokumentari. Walau bagaimanapun, percubaan untuk mencari lelaki berusia 25 tahun itu sejak Jun lalu tidak berjaya, Joo Tian memberitahu The Straits Times.

Pasangannya Vivian Lee, yang turut diwakili oleh Joo Tian, juga tidak mengetahui di mana dia berada. "Ibunya cuba menghubunginya, kami juga cuba menghubunginya, tetapi telefon bimbitnya dimatikan, dan kita masih tidak tahu di mana dia sekarang," kata Chong. Interpol kini sedang memburu blogger seks ini untuk untuk dia kembali ke Malaysia dan menghadapi perbicaraan beberapa tuduhan terhadapnya. IBM percaya, lambat laun blogger Cina ini akan di kesan juga. Kemana dia nak lari? Interpol telah di hubungi. Masak le ko. Wasallam ~ IBM

Wednesday, August 27, 2014

MAKIN KALUT : DAPIG KORNER BARING...TUNGGU SURAT ISTANA?

RABU, 27 OGOS 2014

SUMBER :
Makin kalut dalam Pakatan Rakyat berhubung krisis tukar Menteri Besar Selangor ini. Kenyataan pagi, petang dah tak boleh pakai, kenyataan semalam hari ini sudah bertukar. Al kisah, jika ikut kenyataan terbaru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, boleh bayangkan Pakatan Rakyat kini retak seribu, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti sudah hilang 'arahan dan kawalan' terhadap parti-parti lain. Dalam pada kononnya PKR dan DAP sudah sepakat hanya hantar nama satu calon MB sahaja iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan kenyataan media Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua malam Selasa. Pagi Rabu,  Lim Guan Eng kata parti itu akan menunggu surat dari Istana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum membuat kenyataan berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ini jika ambik kira kenyataan bersama Saifuddin dan Tony Pua semalam sudah jadi korner baring. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pendirian parti telah diumum sebelum ini tetapi dengan perkembangan terbaru berhubung krisis Menteri Besar Selangor itu, beliau akan menunggu surat dari Istana sebelum parti membuat perancangan seterusnya. "Saya belum terima surat...oleh itu saya tidak mahu buat komen kerana tidak elok saya buat komen tanpa surat Tuanku," katanya. Guan Eng adalah pemimpin nombor satu dalam struktur organisasi DAP. Apakah beliau akan tunduk dengan desakan PKR hanya mencalonkan Wan Azizah atau ambik peluang ini untuk kemuka nama lain. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Selangor, Tuanku Sultan mempunyai kuasa budi biacara mutlak menentukan siapa yang hendak dilantik jadi MB.
Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Baginda turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon menteri besar Selangor bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan, seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai Menteri Besar. Pakatan Rakyat sebelum ini hanya mencadangkan satu nama iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
P/S ~ Yang DAPig ni sibuk-sibuk buat apa. Depa ada wakil melayu ke untuk di sembah kepada Duli Tuanku Sultan Selangor. Yang kita tahu dikalangan pemimpin-pemimpin atasan DAP ni semuanya Cinabeng. Mana ada melayu. Jadi, nak tunggu surat apa lagi si Lim gila ni? Atau depa ingat Sultan boleh terima bangsa Cina mualaf jadi MB? Jangan mimpi di siang hari le Lim. Mungkin ko boleh mimpi bersama bapak ko Lim Kit Siang kerana nama pun 'Siang'. Huhuhu. Wasallam ~ IBM

KRISIS MB : VIDEO INI BUKTIKAN ISTANA TOLAK AZIZAH@NENEK KIPAS. TAK FAHAM-FAHAM KE??

NENEK KIPAS NI JUGAK YANG PKR & DAPIG MAHU...PUIIIII!

RABU, 27 OGOS 2014

SUMBER :
PKR dan DAP tetap bertegas dengan keputusan mereka untuk hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Keputusan itu bagaimanapun bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan tidak lebih daripada dua nama bagi jawatan tersebut. Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan tidak disertai oleh sekutu mereka, PAS. Kedua-dua parti itu berkata, mereka akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat pada tahun lalu memandangkan beliau mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). 

"Pada tahun lalu, Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Menteri Besar. "Titah itu disampaikan kepada PKR, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 yang melambangkan konvensi diamalkan Sultan Selangor sebelum ini. "Susulan itu, mengambil kira titah Tuanku dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh Tuanku," menurut kenyataan itu. Terdahulu, Sultan Sharafuddin menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif berkenaan.

 "Sebagaimana yang diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya. Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.

P/S ~ Nampaknya pakatan haram meroyan lagi. Harapan mengunung mereka untuk melihat Wan Azizah@Nenek Kipas menjadi MB baru, tidak kesampian. Sultan menitah pakatan haram untuk mencalon lebih dari dua nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Orang yang paling kecewa dan meraung bagai nak gila ialah suami kepada calon (Wan Azizah) yang di tolak oleh Baginda Sultan, iaitu Anwar Ibrahim. Menanggis tak berlagu nampaknya. Tapi, Anwar bukan calang-calang orang. Dah tentu dia ada pelan C, setelah pelan A & B tidak menjadi. Apa pelan C nya itu?....kita tugguuuuuuu!. Wasallam ~ IBM

Tuesday, August 26, 2014

ISU MB SELANGOR : SULTAN TITAH KEMUKA LEBIH DUA NAMA

SELASA, 26 OGOS 2014

SUMBER : 
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah supaya lebih daripada dua nama dicadangkan itu bertujuan memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan eksekutif berkenaan. "Sebagaimana yang diperentukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa. 

Selain itu, Mohamad Bani mengesahkan bahawa Sultan Sharafuddin menerima menghadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menyembah maklum memohon perkenan untuk meletak jawatan. Bagaimanapun, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan perletakkan jawatan itu sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan. PR sebelum ini sebulat suara mengemukan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar.

P/S ~ Meroyan lagi le nampaknya Anwar dan pakatan haram. Dan, sudah tentu akan keluar di laman sosial FB, twitter dan sebagainya dari pihak yang tidak puas hati terhadap Sultan dan bermacam-macam tomahan yang kita akan dengar nanti. Tak percaya tunggu. Menyalah gunakan laman sosial ini sudah menjadi satu trend sekarang ini. Mereka (pengguna) tidak pernah serik walaupun di kena hukuman. Mungkin hukuman dan denda tersebut terlalu minima kot. Itu sebab mereka tak takut. Anwar, ada pelan C tak selepas ini?...Huhuhu...Wasallam ~ IBM

KHALID GAGAP CALON MB BN JIKA DUN SELANGOR BUBAR?....TUNGGUUUUUU!

SELASA, 26 OGOS 2014

SUMBER : 
Senyuman yang penuh bermakna dari ketiga-tiga pemimpin politik tanah air

Tan Sri Khalid Ibrahim bakal menjadi calon Menteri Besar Barisan Nasional jika Dewan Negeri Selangor dibubarkan oleh Tuanku Sultan Selangor. Sumber dalaman Barisan Nasional memberitahu bahawa pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan secara serius Khalid sebagai calon Menteri Besar berikutan kajian yang menunjukkan kaum Cina lebih selesa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang tidak begitu bersifat Melayu dan Islamik. Khalid setakat ini dilihat positif terhadap cadangan tersebut namun ingin melihat terlebih dahulu sama ada DUN akan dibuabarkan atau tidak. Di sebalik tindakan-tindakan membakar jambatan dengan PKR, Khalid dilihat masih bermain tarik tali dalam isu ini. Ini menjadikan senario politik Selangor beberapa minggu ini akan berada dalam keadaan sangat tegang dan kontroversi. Bagaimanapun, sumber dalaman juga menyatakan perbincangan sulit ini membabitkan kepimpinan tertinggi BN Pusat tanpa kehadiran atau pengetahuan BN Selangor. 
Happy mood nampaknya Khalid dan Najib. Ada apa-apa ke?
Pencalonan Khalid sungguhpun mungkin menjejaskan maruah BN Selangor terutamanya UMNO Selangor, namun ia merupakan jalan terbaik pada masa ini untuk merampas semula Selangor. Semalam kami melaporkan kemungkinan Tuanku Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya krisis politik negeri tersebut gagal diselesaikan sehingga hujung minggu ini. Menteri Besar ‘dalam buangan’, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka menghadap Sultan petang ini bagi memaklumkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti berikutan tindakan Pas menukar sokongan kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun krisis ini dijangka berlarutan kerana calon tunggal Pakatan Rakyat dari PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai 30 akuan bersumpah (SD) dari ADUN yang menyokong beliau seperti mana yang beliau dakwa sebelum ini. Selain itu, kemungkinan bubar juga boleh berlaku jika Tuanku tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan kepada baginda.

P/S ~ Tidak mustahil perkara seperti itu berlaku. Dalam dunia politik, macam-macam boleh berlaku. Dulu lawan, kini kawan. Apapun ianya terpulang kepada sesuatu parti samada ianya boleh di lakukan kerana jika menjuruskan kepada kebaikkan untuk rakyat kenapa tidak ianya dilakukan. Kenapa kita harus terlalu fanatik dalam politik? Harap isu MB ini akan selesai sebentar lagi. Kita tunggu apa keputusannya dari Istana. Dah tentu pembangkang berdebar-debar menanti keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor, dan rakyat pun mengharap yang terbaik. Wasallam ~ IBM

"TRAUMA" INSIDEN #MH370 & #MH17, HAMPIR 200 KRU MAS LETAK JAWATAN...

SELASA, 26 OGOS 2014

SUMBER : 
Hampir 200 kru penerbangan Malaysia Airline System Bhd (MAS) meletakkan jawatan terutamanya selepas tragedi berganda melibatkan MH17 dan MH370. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) Abdul Malek Arif berkata, kini hanya tinggal kira-kira 3,000 kakitangan kru penerbangan yang tinggal. “Sebahagiannya takut untuk terbang. Tiada apa yang boleh kita lakukan ekoran perkara ini. "Mereka jadi semakin takut dan kami berharap apabila masa berlaku mereka akan kembali normal,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada The Edge Financial Daily, MAS berkata, jumlah keseluruhan peletakan jawatan daripada Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 186 dan bukannya 500 seperti didakwa. “Ekoran insiden MH17, terjadi peletakan jawatan mendadak anak kapal, tetapi bilangannya kini menurun ke tahap rutin dijangkakan.” “Ramai menyebut mereka meletakkan jawatan kerana tekanan keluarga ekoran tragedi MH17 dan MH370. “Setakat ini, kadar peletakan jawatan di MAS kurang 5 peratus, yang mana bawah norma industri,” menurutnya kenyataan itu lagi. - Reuters

P/S ~ Kalau itulah pilihan mereka, apakan daya. MAS tidak boleh berbuat apa-apa. Itu hak mereka untuk berhenti kerja dik 'trauma' di atas kejadian yg menimpa MH370 & MH17. Ucapan selamat maju jaya untuk mereka yang akan mencari pekerjaan lain. Wasallam ~ IBM

NASIB KHALID GAGAP DIKETAHUI HARI INI SAMADA AKAN TERGAGAP ATAU.....

SELASA, 26 OGOS 2014
IBM rasa ramai yang tertunggu-tunggu akan berita yang sensasi petang ini yang mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah e bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Abdul Khalid berkata, beliau akan menghadap baginda pada pukul 2.30 hari ini, namun enggan memaklumkan lokasinya. "Petang ini pukul 2.30 petang (menghadap Sultan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama kakitangan awam kerajaan negeri di sini hari ini. 

Abdul Khalid pada minggu lalu memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas Pas menarik balik sokongan terhadapnya. Sultan yang ketika itu berada di luar negara bagaimanapun meminta Abdul Khalid untuk menunggu sehingga baginda pulang ke tanah air. Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, beliau menerima de-ngan hati terbuka perkembangan terkini tentang status Menteri Besar dan barisan Exco. Beliau berharap semua kakitangan kerajaan negeri terus bekerjasama de-ngannya bagi meneruskan pentadbiran bersama empat Exco yang ada dalam memastikan rakyat tidak terkesan de-ngan krisis politik yang sedang melanda. 

Jadi, sama-sama kita tunggu samada Sultan akan pekenankan Khalid untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor sehingga tempohnya habis atau menerima calon baru yang dicalonkan oleh PKR iaitu Wan Azizah@Nenek Kipas untuk menjadi MB yang baru. IBM rasa hari ini seluruh rakyat Selangor akan tertumpu ke Istana menanti dengan penuh debaran apakah keputusan yang akan di buat oleh Tuanku Sultan Selangor. Segala-galanya akan terjawab petang ini. Tungguuuuu!. Wasallam ~ IBM

Monday, August 25, 2014

HARAM JADAH PUNYA BETINA CINA NI MENGHINA SULTAN SELANGOR DALAM FACEBOOK

ISNIN, 25 OGOS 2014

SUMBER : 
Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Datuk Aidit Ghazali menggesa pihak berkuasa lebih tegas mengambil tindakan terhadap anasir yang menggunakan media sosial untuk memaki hamun institusi raja di negara ini. Kenyataan itu dibuat ekoran seorang yang dikenali Hu Long membidas Sultan Selangor kerana didakwa memanjangkan kemelut krisis Menteri Besar Selangor. Kenyataan Facebook individu itu tersebar luas sejak beberapa hari lalu, namun petang tadi akaun Facebook itu tidak wujud lagi. Aidit tidak menolak kemungkinan mesej menghina Sultan Selangor itu didalangi oleh ahli parti politik tertentu yang terlampau liar bertindak untuk memastikan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor. "Perkara ini tidak mengejutkan, apabila lebih-lebih lagi kita ada parti-parti politik songsang yang sengaja hendak menyemarakkan keadaan," kata beliau kepada Antarapos. 

Beliau percaya mesej-mesej yang memfitnah institusi raja didalangi oleh pihak yang ghairah menjadikan Malaysia sebuah republik dan bukan lagi mendaulatkan sistem raja berperlembagaan.  "Sebab mereka ada agenda untuk jadikan negara kita sebuah republik. Apabila sudah jadi republik maka akan memerlukan perubahan pada perlembagaan persekutuan yang akan mengizinkan perkara yang setakat ini tidak diizinkan perlembagaan persekutuan atas kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya. Mesej Facebook Hu Long berbahasa Inggeris melontar tuduhan-tuduhan tidak berasas dalam keghairahan untuk menyokong Wan Azizah. Tambah Aidit lagi, pihak seperti Hu Long  tidak mendedahkan identiti sebenar mereka bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa. "Puak-puak ni selalu guna IP Address atau server luar negara jadi mereka lakukan ini supaya tidak dapat dikesan pemilik Facebook itu.

"Namun demikian kebiadapan yang ditunjuk oleh pemilik akauan ini sama ada ia adalah sahih atau tidak merupakan satu trend yang sangat membimbangkan kerana ia sudah menjadi salah guna media sosial," ujar beliau. Malah beliau berharap pihak berkaitan memantau perkara ini dengan lebih serius, bukan sahaja menggunakan undang-undang tetapi mendidik mereka melalui pendidikan di sekolah.  "Penyalahgunaan media sosial ini perlu kita kawal dan urus, bukan sekadar guna undang-undang tapi dengan mendidik masyarakat yang bertamadun yang ada undang-undang, perlembagaan dan institusi raja," katanya.

P/S ~ IBM percaya akaun Facebook perempuan Cina haram jadah tu sengaja di ujudkan untuk buat provokasi terhadap Sultan Selangor yang kononya sengaja melengah-lengahkan isu MB Selangor yang kini hangat di perkatakan. Sudah tentu ada pihak yang menaja supaya perempuan Cina sial itu bertujuan memberi tekanan kepada pihak Istana. IBM harap pihak yang berkenaan dapat menjejaki perempuan Cina tersebut, walaupun dikatakan akaun facebook nya telah di tutup. Itu adalah cara pembangkang, maki-hamun, hina, lepas tu cabut dan tutup akaun. IBM yakin, lambat laun perempuan tersebut akan dapat dijejaki. Hukum dan halau saja dari bumi Selangor ini. Sial punya Cina. Puiii!. Wasallam ~ IBM

FITNAH NAJIB : NIZAR 'MULUT CELUPAR' MENGAKU TIDAK BERSALAH

ISNIN, 25 OGOS 2014

SUMBER : 
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas. Ketua Pembangkang Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah. Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012. Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun peguam Asmuni Awi yang mewakili Mohammad Nizar memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan sebarang jaminan kerana sebagai ketua pembangkang negeri Perak beliau akan memberi kerjasama kepada pihak pendakwaan. "Jika permohonan ini ditolak saya memohon supaya jaminan dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah," katanya. Masri kemudian bangun dan menyatakan jaminan dipohon pihak pendakwaan adalah satu jumlah yang wajar.
Hakim Madihah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Sept. Mohammad Nizar diwakili 11 peguam iaitu Asmuni, Aminuddin Zulkipli, Mohd Fitri Asmuni, M. Kulasegaran, Nga Hock Cheh, N. Selvam, A. Sivanesan, Mohammad Hanifa Maidin, Leong Cheok Keng, Mohammad Zamri Ibrahim dan Chan Sook Ching. Pihak pendakwaan diwakili Masri yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. 
P/S ~ Si Nizar celaka ni sepatutnya dah lama di penjarakan. Sejak dia hilang jawatan Menteri Besar Perak, perangai buruknya menjadi-jadi, mulut sialnya sukar ditutup, gara-gara hilang jawatan. Memang perangai pemimpin-pemimpin Pakatan haram jadah macam tu kot. Fitnah ni memang dah jadi sebagai 'santapan' mereka. Kalau satu hari tak fitnah orang bukan pembangkang namanya. Sekarang, si Nizar ni terimalah akibatnya kerana 'pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Wasallam ~ IBM

Sunday, August 24, 2014

SIKAP TAK PEDULI PUNCA KHALID DI SINGKIR? SUDAHLAH..ITU SEMUA SENDIWARA ANWAR!!

AHAD, 24 OGOS 2014

SUMBER : 

Sikap tidak peduli Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kebajikan partinya sendiri dan rakyat Selangor merupakan punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggulingkan beliau sebagai menteri besar. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau menyokong dasar penjimatan dan ketelusan yang diamalkan Khalid, menteri besar itu seharusnya lebih terbuka dalam soal kebajikan rakyat. "Tetapi dermalah sikit. Bukan soal kontrak, bukan soal jawatan yang dituntut. "Saya tak setuju kalau parti nak minta kontrak...saya tak setuju dan saya beritahu secara terbuka pada kongres yang lalu bahawa saya sokong Tan Sri Khalid yang ikut peraturan dan tidak mudah meluluskan (peruntukan) hanya kerana kepentingan parti," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. 


Menjelaskan lanjut Anwar berkata, sikap tidak peduli Khalid terhadap rungutan yang dibangkitkan rakyat menjadi isu utama mengapa beliau perlu digugurkan. "Macam pembinaan projek Kidex (Lebuhraya Kinrara Damansara)...puluhan ribu bantah. Panggillah dan dengar (rungutan rakyat). Itu sahaja permintaan rakyat. "Dalam menjawab soal Selangor, saya tekankan isu kepedulian. Kalau dah ada peruntukan dari Marris (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya) daripada kerajaan Persekutuan, gunakanlah," katanya. Khalid berhadapan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk Anwar yang mendesak supaya beliau turun dari kedudukannnya kerana kerap membelakangkan parti dalam membuat sebarang keputusan berhubung pentadbiran negeri Selangor. 

Kemarahan PKR terhadap Khalid dilihat semakin memuncak apabila beliau akhirnya dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya. 

P/S ~ Jika 1,000 ayat yang keluar dari mulut Anwar kepada perkara yang di atas tu, satu pun sukar tak boleh pakai dan tidak boleh dipercayai. Semuanya bohong dan beliau bersediwara. Siapa tak kenal Anwar. Kalau satu hari tidak berbohong, bukan Anwar namanya. Apapun nasib Khalid akan kita ketahui esok setelah beliau mengadap Sultan Selangor. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Wasallam ~ IBM

WAN AZIZAH@NENEK KIPAS 'BERAT HATI' NAK JADI MB, TAPI HATI TU NAK. TAK TAHU MALU! PUIIII!

AHAD, 24 OGOS 2014

SUMBER : 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau sebenarnya 'berat hati' untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pendedahan itu dibuat ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan sokongan penuh sekutunya iaitu PAS mengenai keupayaan Presiden parti itu. Bagaimanapun, menurut Dr Wan Azizah, beliau terpaksa meneruskan rancangan partinya untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dasar perjuangan. "Bila saya ditanya nak sangat ke jawatan ini (menteri besar) apabila bertanding di (DUN) Kajang, terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati. 

"Tapi nama saya dikemukakan, jadi sebagai seorang pejuang saya terima. Kalau inilah amanah yang diberikan, saya terima walaupun hati berat. "Bukan ini (jawatan) yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. Dr Wan Azizah menghadapi laluan sukar untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor terutama keraguan yang ditimbulkan PAS berhubung keupayaannya untuk memimpin sebuah kerajaan negeri. Menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, parti akhirnya menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu, selain Dr Wan Azizah.

P/S ~ Orang macam ini pun ada dalam dunia ni ye. Dia tahu ramai yang tak suka dia jadi MB, tapi masih menaruh harapan, meroyan, kempen sana-sini untuk dapatkan simpati rakyat. Itulah isteri masali kesayang Anwar Ibrahim yang tak sedar diri dan malu. Bak kata perpatah, 'hidup tak mancung, pipi tersorong2. Nenek kipas..nenek kipas....berkipaslah ko sampai hari kiamat. Wasallam ~ IBM

ANWAR AKUI KONGRES PKR TONGGANG LANGANG, SELERAK-BARAK DAN...DAH NAK LINGKUP...!!

AHAD 24 OGO2 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kaedah pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirombak semula kerana sistem sedia ada didapati tidak praktikal hingga menimbulkan pelbagai masalah. Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunapakai sejak dua pemilihan yang lalu. "Saya antara orang yang kurang setuju dengan proses ini, pemilihan ini (sistem)...saya tidak setuju. Tetapi bila diputuskan, ya kita teruskan. "Memanglah selerak-barak, sebab kita mengambil keputusan yang dari segi ideanya sistem demokrasi itu memang baik tetapi pelaksanaannya tidak upaya kita laksanakan dengan berkesan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad. 

Justeru katanya Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedia bertanggungjawab terhadap semua masalah yang timbul berkaitan pemilihan parti. "Jadi saya terima, bukan kelemahan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat), kelemahan pimpinan keseluruhannya dalam menangani langkah pemilihan pimpinan parti baru-baru ini. "Dan pastinya dalam peringkat segera kita harus cadang rombak semula supaya ia demokratik tetapi praktikal untuk dliaksanakan," katanya. Pemilihan PKR yang berlangsung sejak April lalu dan hanya berakhir pada awal bulan ini merupakan yang proses pemilihan paling panjang pernah dikendalikan PKR. Sepanjang proses itu berlangsung, pelbagai masalah dilaporkan berlaku, termasuk insiden keganasan serta dakwaan rasuah membabitkan calon peringkat tertinggi parti. 

Sementara itu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul ketika ditemui tetap mempertahankan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunakan PKR. Mengakui wujud kelemahan dari segi perlaksanaannya, Johari bagaimanapun mahu sistem itu diteruskan pada pemilihan akan datang. "Saya akan pertahankan sistem ini kerana ia baik. Cumanya (perlu fikir) bagaimana kita boleh perbaiki proses, yang pasti sistem itu adalah yang terbaik kerana anggota terlibat secara langsung. "Bagi kami sekurang-kurangnya tiga bulan untuk turun ke bawah tanya pendapat mereka, dan kita akan persembahkan kepada parti. "Bergantung kepada keadaan, kalau sekiranya terpaksa ubah semula semuanya, memang akan kita ubah. Tetapi bagi kita lihat dulu macam mana keadaannya sekarang ini," katanya.

P/S ~ Kalau parti di kontrol oleh anak-beranak yang menggangap parti tersebut adalah hak mutlak mereka, itulah jadinya. Memang porak -peranda, tongggang-langgang dan berselerak-barak akhirnya. Tapi, kenapalah bodoh sangat ahli2 PKR ni? masih setia gila dgn Anwar tu. Apa depa dapat ye? dah kena nasi kangkang kot...hehehehe. Wasallam ~ IBM

HADI AWANG AKUI ADA MASALAH 'MENTAL' DIKALANGAN AHLI PAS. SEWEL LE TU!

AHAD, 24 OGOS 2014
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam ‘berjemaah’. Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan. Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini. “Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. 

Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata ‘amin’ tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga. Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku. Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,’’ katanya. Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan Menteri Besar. 

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Kesimpulannya, jelas disini sikap ahli-ahli PAS adalah seperti orang yang bertuankan 'duit 'semata-mata. Mereka boleh mengubah fikiran mereka bila-bila masa dengan erti kata lain yang senoneng dengan perangai mereka (PAS) buat 'U' turn. Asalkan masuk, penuh poket mereka, maka, lupalah apa tujuan sebenar perjuangan mereka. 

Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk ‘menapis’ barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan. Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada ‘akhlak berjemaah’ tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ pada masa akan datang. Jadi, jika ahli-ahli PAS berterusan berperangai seperti itu (mentaliti) yang sukar untuk diubah, tidak hairanlah PAS terus di gelar "Parti Ajaran Sesat" kerana kesesatan mereka dalah berpunca dari 'mentaliti' pemimpin PAS itu sendiri. Fikir-fikirkan. Wasllam ~ IBM

Saturday, August 23, 2014

4 LAGI AHLI PKR DIGANTUNG. DEMOKRASI KE NAMANYA TU? ASYIK PECAT AHLI JE

SABTU, 23 OGOS 2014

SUMBER : 
Lembaga Disiplin PKR hari ini menggantung serta merta keanggotaan empat anggotanya kerana didakwa terlibat bersama kumpulan pro-Khalid yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dalam satu sidang media Rabu lalu. Pengerusinya Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata mereka yang terlibat bersama Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) dan NGO lain dalam sidang media itu ialah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari cabang Pasir Mas, Nasaruddin Mohamad (Cabang Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (Cabang Selayang) dan Rosmah Suly dari cabang Batu. "Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Tan dalam kenyataannya hari ini. 

Rabu lalu, sekumpulan 12 NGO termasuk PASMEB melancarkan gerakan mempertahankan pentadbiran Khalid sehingga penggal berakhir dan mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu. Dalam kenyataan itu juga, Tan turut mengumumkan pemecatan Ketua AMK Kuantan Cabang Aidil Haryan Mat Nor kerana secara terbuka memaparkan gambar beliau membakar bendera parti melalui laman sosial Facebook. Tan yang juga MP Wangsa Maju berkata tindakan Aidil itu memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum. "Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti," katanya sambil menambah keputusan itu telah dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat semalam.

P/S ~ Mana yang dikata PKR ni sebuah parti yang mengamalkan demokrasi? Silap sikit gantung ahli, pecat dan macam-macm lagi. Kalau pemecatan yang terbaru ini semata-mata kerana menyokong Khalid gagap, demokarasi apa namanya? Mampus dan lingkup le korang. Tanpa PKR pun depa  boleh hidup dan terus berpolitik. Dasar parti anak-beranak begitulah. Nasib le korang. Jadi, nak buat apa tunggu lagi kat PKR ni? Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...