KEMELUT DI SELANGOR BERTERUSAN....
PATAH tumbuh hilang berganti. Selalunya perkatan 'taubat' ini di sebut-sebut atau dilaung-laungkan oleh mendiang Karpal Singh ditujukan khas kepada Anwar Al-juburi. Kini, sudah ada penggganti Karpal yang juga menggunakan perkatan 'taubat'. Orangnya tak lain tak bukan ialah ADUN Sungai Pinang dan bekas EXCO Selangor, Teng Chang Kim. Beliau menggesa Menteri Besar Selangor itu bertaubat. Beliau yang sebelum ini disebut-sebut antara ADUN Pakatan Rakyat yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, mengakui tidak banyak perkara dapat dilakukan untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim pada masa ini. Bagaimanapun Teng mendesak Khalid meletakkan jawatan kerana percaya ADUN Pelabuhan Klang itu masih dapat menebus dirinya di mata Pakatan Rakyat.
“Saya nak kata kepada Khalid, bertaubatlah, bertaubatlah. “Jika beliau teruskan selepas ini, beliau sudah tidak boleh diselamatkan,” kata beliau. Bercakap kepada portal pro-pembangkang, Teng berkata berkata beliau dan rakan Pakatan Rakyat di Selangor mungkin mencadangkan pindaan untuk menghadkan kuasa menteri besar pada masa akan datang bagi mengelak kejadian seperti ini berulang. “Biar kami selesaikan isu sekarang dahulu. “Selepas itu kita patut mula memikirkan untuk membuat pindaan agar tidak tersekat dengan situasi hanya memberikan seorang individu kuasa penuh,” kata beliau dalam sidang media di lobi Bangunan SUK hari ini. Teng yang juga pernah menjadi Speaker DUN pada penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 berkata, kuasa untuk memanggil sidang DUN tergempar hanya ada pada Khalid dan bukannya speaker.
Persoalanya yang timbul sekarang ini, kenapa Teng hanya menyuruh Khalid bertaubat, bagaimana dengan Anwar Ibrahim? Tidakkah kerana beliau hura-hara seluruh Selangor dibuatnya semata-mata kehendaknya tidak tercapai? Teng lupa ke bahawa satu ketika dahulu Anwar disarankan bertaubat oleh mendiang Karpal Singh? Janganlah buat -buat lupa pulak. Begitulah kalau dah terlalu taksub kepada seorang pemimpin, kentut pun dikatanya 'wangi'. Apapun, perbetulkan Pakatan tu dahulu, dan IBM syorkan agar pemimpin-pemimpin Pakatan supaya bertaubat. Dan...kalau anak jantan tunggu bila DUN Selangor dibubarkan. Ayuh kita berentap disana. Tak payah nak suruh orang bertaubat. Wasallam ~ IBM