Thursday, August 21, 2014

KANTOI! SUAMI-ISTERI CURI WANG MILIK MANGSA #MH370 DI DAKWA...PADAN MUKA!

KHAMIS, 21 OGOS 2014
SUMBER :

Seorang pegawai bank HSBC, dan suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap beberapa pertuduhan berhubung pemindahan dan pengeluaran wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, antara Mei dan Julai lepas. Nur Shila Kanan, 33, menghadapi 12 pertuduhan manakala suaminya yang juga mekanik, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, berdepan empat pertuduhan. Mereka mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Nur Shila menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang milik rakyat Malaysia Hue Pui Heng berjumlah RM40,000 ke dalam akaun rakyat China, Tian Jun Wei manakala RM35,000 lagi dipindahkan ke dalam akaun Ali Faran Khan. 

Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Nur Shila turut berdepan tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu borang permohonan baharu kad debit atas nama Tian dan dua borang pindahan tempatan akaun simpanan atas nama Ju Kun, warganegara China dan Tan Size Hiang, seorang pramugara. Dia juga didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu Borang Permohonan Perkhidmatan Perbankan Internet atas nama Judy Margaret Lai untuk mendapatkan 'Security Device' bagi mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet.  Bagi keempat-empat kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

P/S ~ Nak cepat kaya ke apa? atau terlibat dengan sindikit luar negara yang selalu ingin mengambil kesempatan dan mencari keuntungan. Yang jadi mangsa, orang tempatan. IBM bukan menuduh dan bukan nak membela kedua-dua pasangan tersebut, tapi agak  was-was jugalah. Apapun, satu pengajaran pada pasangan tersebut. Jangan cuba2 ambil kesempatan, kerana secanggih atau sepandai manapun kita di bidang komputer ini, ada lagi yang lebih pandai. Awas! anda selalu diperhatikan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...