Sunday, August 10, 2014

KHALID GAGAP DI PELAWA JADI AHLI PAS? KHALID MAHU KE?....

AHAD, 10 OGOS 2014

KEMELUT DALAM PKR SEMAKIN TERUK...
PKR 'PARTI KIAN REPUT'


NAMPAKNYA tali hayat Khalid dalam politik berterusan. Ini kerana PAS sedia menerima Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dipecat keahlianya oleh partinya PKR semalam sebagai ahli parti itu.Itu tawaran yang dibuat oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yakob. Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk Abdul khalid yang telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu kerana masalah disiplin. Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR. Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya, katanya kepada pemberita hari ini,  Ahad.
Abdul Khalid pada Sabtu telah dipecat keahlian oleh Jawatankuasa Disiplin PKR selepas enggan memberi laluan kepada Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu. Tindakan Abdul Khalid mempertahankan kedudukannya bagaimanapun turut mendapat sokongan dan restu pimpinan tertinggi PAS yang merupakan anggota Pakatan Rakyat. Ahmad memberitahu, PAS selain itu turut bersedia berjuang bersendirian sekiranya parti itu memilih untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
Mengikut kata Menteri Besar Kelantan itu, PAS mempunyai sejarah sendiri walaupun berbeza pendapat dengan Barisan Nasional (BN) dan Semangat 46. Beliau bersetuju dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS mampu berjuang bersendirian sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat, jelasnya. Ahmad bagaimanapun yakin bahawa PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat dengan menyifatkan krisis yang berlaku merupakan ujian disebalik hubungan dalam pakatan tersebut. 
Dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu, sama-samalah kita tunggu dan lihat sejauh mana kesetian kawan PAS kepada Pakatan Rakyat yang terang-terang ingin menghalau PAS dari Pakatan, tapi, hairan ye, kenapa PAS masih tak sedar diri dan masih terhegeh-hegeh macam kerang busuk ingin bersama Pakatan? Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...