Sunday, August 3, 2014

PKR, DAP & BERSIH DESAK PAS BERI TEKANAN KEPADA DR ZUHDI (GAMBAR ATAS)...KAWAN MAKAN KAWAN! PUIITT!

AHAD, 03 OGOS 2014
SAMPAI begitu sekali PAS ditekan. Mana yang dikatakan setia kawan di dalam Pakatan? Perbuatan jahat rakan-rakan PAS dalam Pakatan di dedahkan oleh Utusan Malaysia hari yang mana terang-terang PKR dan DAP berkomplot bersama sekutunya yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyerang PAS dalam memberi tekanan agar tindakan dikenakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki. 
Pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar berkata kenyataan kecaman yang dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Setiausaha Agung Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook atas kebocoran analisis Zuhdi melalui aplikasi WhatsApp dilihat mencerminkan sikap sebenar kepada PAS. "Bagaikan 'kera kena belacan', maka muncullah wira-wira, termasuk dalam kalangan NGO menyerang PAS. Jadi, apa lagi PAS nak tunggu. Tak reti-reti bahasa ke? Dan...PAS patut berterima kasih pada Utusan Malaysia di atas pendedahan tersebut. 
Ini bukan Fitnah, tapi ianya realiti. Fikir-fikirkan lah wahai PAS. sudah tiba masanya umat Islam dan bangsa Melayu bersatu dan berganding bahu. Bertindaklah sekarang, kerana ianya masih belum terlambat. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...