Sunday, August 24, 2014

HADI AWANG AKUI ADA MASALAH 'MENTAL' DIKALANGAN AHLI PAS. SEWEL LE TU!

AHAD, 24 OGOS 2014
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam ‘berjemaah’. Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan. Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini. “Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. 

Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata ‘amin’ tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga. Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku. Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,’’ katanya. Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan Menteri Besar. 

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Kesimpulannya, jelas disini sikap ahli-ahli PAS adalah seperti orang yang bertuankan 'duit 'semata-mata. Mereka boleh mengubah fikiran mereka bila-bila masa dengan erti kata lain yang senoneng dengan perangai mereka (PAS) buat 'U' turn. Asalkan masuk, penuh poket mereka, maka, lupalah apa tujuan sebenar perjuangan mereka. 

Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk ‘menapis’ barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan. Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada ‘akhlak berjemaah’ tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ pada masa akan datang. Jadi, jika ahli-ahli PAS berterusan berperangai seperti itu (mentaliti) yang sukar untuk diubah, tidak hairanlah PAS terus di gelar "Parti Ajaran Sesat" kerana kesesatan mereka dalah berpunca dari 'mentaliti' pemimpin PAS itu sendiri. Fikir-fikirkan. Wasllam ~ IBM

2 comments:

  1. apa nak diheran, dulupun masa muda Haji Hadi pun samalah sepeti orang yang dia bahasakan sekarang ni. Tapi mungkin skrg TGHH ni dh tobat dan nk balik pd landasan perjuangan pas yg sebenar..baguslah kalau mcm tu. Jangan nanti awok tu terkenal pulok lagi dgn nama "adi u-terng"

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~Aku Melayu Rasis,

      Salam. Betul tu. Harap2 dia (Hadi) dh tobat. Cuma, dia kena tarbiahkan ahli2nya (PAS)..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...