Sunday, August 3, 2014

KHALID GAGAP PERLU DEDAH KENAPA 'FUCKATAN' TOLAK BELIAU SEBAGAI MB. ADA BERANI KE KHALID?

AHAD, 03 OGOS 2014
Noh Omar ni nak jadi 'batu api' ke apa ni? Beliau menyuarakan supaya Khalid Ibrahim mendedahkan kepada umum berhubung punca penolakan Pakatan Rakyat terhadap beliau sebagai Menteri Besar Selangor. Bukan itu sahaja, malah beliau turut menempelak jaminan  Anwar Ibrahim bahawa kemelut jawatan nombor satu negeri itu tidak akan memecah belahkan Pakatan Rakyat, terutama di Selangor. Katanya, "Anwar lupa, beliau ingat masih lagi ada kuasa. Beritahu kat Anwar, untuk nak pilih MB tak sama macam nak pilih Presiden PKR. Seperti juga Anwar tawar diri nak lawan isteri dia. Selangor ada perundangan, jadi kita kena patuh. Dan beliau percaya MB (Khalid) kini sudah berani seperti dalam menandatangani perjanjian air. Maka, Noh harap Khalid kena berani dedahkan kemungkinan dan sebab tertentu yang menyebabkan PR tidak senang dengan Khalid. 
 
Kalau Hadi dan Nik Aziz setuju Khalid kekal tapi kenapa PR tak nak?," soalnya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang, semalam, Sabtu. Sebelum ini Anwar dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji untuk menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor secara berprinsip tanpa memecah belahkan Pakatan Rakyat.  Ketua Umum PKR dan Presiden PAS memberikan komitmen itu dalam kenyataan bersama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kenyataan itu memberi harapan bahawa PAS dan PKR sedia bertolak ansur mengenai kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Tapi, dari segi pemainan politik Anwar yang terkenal dengan sikap bermuka-muka tak ubah seperti 'sesumpah', segala tektik kotornya sudah boleh dibaca. Adakah Khalid gagap akan terperangkap dengan taktik yang akan digunakan Anwar demi untuk menjatuhkan beliau dari jawatan MB Selangor? Dan...adakah Hj Hadi akan buat pusingan 'u' di saat akhir bila ditekan dari segenap sudut oleh rakan-rakan di dalam Pakatan? ini pun sukar di ramal. Kita tunggu sahaja lah. Kepada noh Omar, jangan tergopah-gapah buat kenyataan. Apa pun UMNO perlu bersiap siaga berkemungkinan PRN Selangor akan berlaku. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...