Wednesday, August 13, 2014

DAP - PKR TERBELIAK MATA TAK PERCAYA PAS MENGHADIRI MESYUARAT EXCO...DAP-PKR GAGALLL!

RABU, 13 OGOS 2014
TANPA menghirau amaran dari rakan sekutunya, DAP & PKR, PAS Selangor dengan lantang sekali lagi menegaskan untuk terus berkhidmat di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Penegasan itu sekaligus menolak gesaan sekutu mereka daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang diadakan pagi ini, Rabu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar bawah) berkata, pimpinan dan ahli parti itu di Selangor berikrar akan mematuhi setiap arahan daripada PAS Pusat berikutan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR. Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali) pada 10 Ogos lepas mengarahkan Exco-Exco PAS agar terus berkhidmat di dalam kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid. Oleh yang demikian Exco-Exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar, katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan arahan dan meminta empat Exco PAS Selangor supaya memboikot mesyuarat Exco yang dijadual berlangsung pagi ini, Rabu bagi menunjukkan bantahan dan solidariti PR terhadap tindakan Abdul Khalid memecat enam exco PKR dan DAP pada lewat petang Selasa. Enam exco itu adalah Datuk Teng Chang Khim, Rodziah Ismail, Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi dan Ganabatirau Veraman. Tapi, PAS tidak berbuat sedemikian. PAS tetap hadir ke mesyuarat tersebut. 
Semakin hari semakin getir. Pakatan sudah nampak akan berpecah. Dulu retak sedikit sahaja, kini retaknya semakin besar dan akan pecah bila-bila masa sahaja. Sebenarnya ramai dikalangan ahli-ahli PAS dan PKR yang pro kepada Khalid, membuat sembahyang hajat supaya puak yang lagi satu (geng Anwar) hancur dan berpecah-belah. Itu yang IBM dapat tahu dari sumber yang boleh dipercayai, bukan IBM reka cerita. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...