KEMELUT DALAMAN PR BERTERUSAN...
KEADAAN dalam Pakatan haram yang seolah-olah di landa perang saudara menunjukkan bahawa mereka bukanlah rangkaian politik yang bersefahaman, tapi, menjurus kepada politik untuk kepentingan pribadi dan untuk sesuatu kaum. Itulah wajah Pakatan sebenarnya. Rakyat harus bangun dan menilai mereka (Pakatan) sebelum sekali lagi memberi mandat kepada mereka pada PRU ke-14 nanti. Mereka benar-benar sudah tidak boleh duduk semeja. Di Selangor Pakatan bercelaru gara-gara berebut jawatan Menteri Besar. Besar kemungkinan Pakatan akan hancur. Perang dalam Pakatan berterusan. Terkini, diberitakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan (gambar bawah) jika beliau gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat kerana mengeluarkan kenyataan tanpa asas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang. Lim berkata, Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.
![](http://2.bp.blogspot.com/-5asVBWp0fGI/U-NVerDaD5I/AAAAAAAAjjk/ie9BfH0MoLc/s1600/nasrudin-hassan-tantawi2-june2.jpg)
IBM bukanlah nak menyebelahi si Nasruddin ini, tapi ada kebenaranya juga kerana selama ini pemimpin DAPig ini selalau menabik dada bahawa mereka mengamalkan politik yang bersih, telus dan tidak mengamalkan rasuah. Sekarang apa sudah jadi? Bagi IBM, Nasruddin tak payah gusar dan gondah-gelana, kerana masa 24 yang di beri oleh Guan Eng itu bukanlah satu ancaman dan berakhirnya krier politik Nasruddin. Kalau PAS selalu menggunakan slogan'lawan tetap lawan', kenapa tidak Nasruddin lawan dan terima cabaran si Guan Eng tu. Namun untuk memohon maaf, jangan sekali-kali. Tunjuk dan buktikan bahawa orang PAS ada telo. Wasallam ~ IBM