Thursday, August 14, 2014

KRISIS SELANGOR : RODZIAH MAIN TARIK-TARIK TALI...

KHAMIS, 14 OGOS 2014

APA masalah dengan makcik seko ni? Nak ke tak duduk lagi sebagai Exco Selangor? Nasibnya baik apabila Duli Tuanku menolak pemecatan beliau. Lantas Khalid kata, beri peluang dan nak tengok Rodziah ni di pihak yang mana? Tapi, nampanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail masih berdolak-dalik mengenai pendirian beliau berhubung kedudukannya sebagai ahli exco kerajaan Selangor. Rodziah yang kini menjadi exco tunggal daripada PKR dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun hanya menegaskan untuk akur kepada keputusan parti yang dianggotainya. Beliau yang baru tiba di tanah air pada lewat malam Rabu selepas menghadiri kursus politik di Bangkok, Thailand tidak menyatakan keputusannya sama ada mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri atau terus bersama Abdul Khalid. Katanya, beliau akur kepada keputusan parti yang beliau anggotai.

Keakuran beliau itu, adalah untuk menunaikan amanah dan bagi memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor, katanya menerusi kenyataan pada awal pagi Khamis. Selasa lalu, Abdul Khalid yang kini merupakan wakil rakyat Bebas memecat kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya. Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kenyataan bersama mereka yang bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini.

Lima Exco yang terlibat adalah tiga daripada DAP iaitu Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau manakala daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi. Adakah Rodziah ingin mengikut langkah kelima-lima rakanya itu? Jadi, kenapa masih nak berdolak-dalik. Kalau tak nak katakan terus terang. Si Khalid tu dalam 'mood' nak pecat orang. Jangan main-main. Nak ikut kumpulan si Nuar ke? Sila..silakan. Makan taik le ko nanti. Fikir-fikirkan wahai Rodziah ooi! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...